Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat Penjara S'pura semak latihan teknik pertahanan diri

Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) telah mengemas kini beberapa teknik pertahanan diri yang diajarkan kepada semua pegawai penjara.

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat Penjara S'pura semak latihan teknik pertahanan diri

Seorang pegawai penjara jalani latihan fizikal (Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 10 Oct 2021 03:22PM Dikemas Kini : 10 Oct 2021 03:26PM

SINGAPURA: Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) telah mengemas kini beberapa teknik pertahanan diri yang diajarkan kepada semua pegawai penjara.

Teknik pertahanan diri jarak dekat, yang merupakan antara kemahiran yang perlu diasah oleh para pegawai, membolehkan pegawai mengendali tahanan yang agresif. Ini, menurut SPS pada Ahad (10 Okt) memberi seseorang pegawai jarak selamat, bagi membolehkan mereka menggunakan pilihan alat bantuan lain, seperti kayu belantan atau penyembur lada untuk meredakan keadaan.

Semua pegawai beruniform menjalani latihan kemahiran taktikal semasa Kursus Pegawai Penjara di Institut Latihan Penjara Singapura.

Kemahiran-kemahiran lain melibatkan penggunaan kaedah mekanikal untuk menahan seseorang, penyembur lada, teknik tahan pada jarak dekat dan pasukan sokongan krisis di mana para pegawai belajar bagaimana untuk mengendali keadaan luar jangkaan di penjara.

Semasa menjalani kursus, pelatih akan diuji pengetahuan mereka tentang doktrin Penggunaan Kekerasan - peraturan yang mengehadkan penggunaan kekerasan ke atas tahanan - dan kemahiran taktikal melalui penilaian bertulis dan fizikal.

Jurulatih juga akan menjalankan latihan berdasarkan senario dengan pelatih untuk melakonkan semula pelbagai situasi yang akan dialami pelatih di lapangan. Sistem latihan realiti maya pula akan melengkapkan latihan fizikal.

Dalam satu kenyataan media SPS menyatakan ia menyemak semula teknik pertahanan diri jarak dekat untuk membangunkan cara yang "lebih memanfaatkan naluri untuk menangani keadaan berubah-ubah yang pernah dihadapi".

"Teknik-teknik ini kemudian diperhalusi an untuk membuatnya lebih mudah dilaksanakan bagi semua pegawai penjara tanpa mengira kemampuan fizikal mereka, untuk meningkatkan keberkesanan teknik," katanya.

Ketua Warder (CW) Irwan Kurniawan Rahmat, seorang jurulatih di Institut Latihan Penjara Singapura, berkata bahawa teknik yang disemak semula lebih memanfatkan "naluri semula jadi", agar sesuai dengan keperluan harian pegawai.

Teknik "berdasarkan tindak balas" itu menjadikannya "lebih mudah bagi pegawai untuk latih, fahami dan laksanakan", katanya, sambil menambah bahawa teknik sebelumnya memerlukan "banyak sesi ulangan" untuk mahir.

Namun CW Irwan menekankan bahawa menggunakan kekerasan "adalah pilihan terakhir", sambil menambah bahawa para pegawai akan selalu cuba untuk meredakan situasi secara lisan terlebih dahulu.

Teknik-teknik dikemas kini itu juga membantu pegawai wanita, yang ramai daripada mereka boleh ditempatkan di penjara dengan tahanan lelaki.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan