Skip to main content

Singapura

Khidmat penghantaran melalui dron SG-Johor mungkin beroperasi seawal suku ketiga 2024

Bayangkan, menghantar dokumen penting dari Singapura ke Johor Bahru, atau menerima bekalan ubat dari seberang tambak, lebih pantas daripada biasa - iaitu menggunakan dron!

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bayangkan, menghantar dokumen penting dari Singapura ke Johor Bahru, atau menerima bekalan ubat dari seberang tambak, lebih pantas daripada biasa - iaitu menggunakan dron!

Ini mungkin menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Ujian sedang dilakukan bagi apa yang disifatkan sebagai khidmat penghantaran melalui dron rentas sempadan yang pertama di rantau ini.

Setiap dron mampu mengangkut muatan sehingga 30 kilogram.

Ia merupakan ilham syarikat DroneDash dari Singapura, dan syarikat Aerodyne Malaysia.

Menurut mereka, penghantaran adalah lima kali lebih pantas berbanding kiriman lewat laut, serta jejak karbon lebih kecil.

Rencana awal adalah memulakan penghantaran antara Singapura dengan Johor Bahru serta Iskandar Malaysia, sebelum meluaskannya ke seluruh Malaysia dan kemudian ke peringkat serantau.

Operasi komersil dijangka bermula seawal suku ketiga tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aerodyne, Mudzakkir Hatta berkata: "Kami ingin mulakannya tahun ini supaya industri ini dapat berkembang lebih jauh lagi.

"Kami melihat potensi yang lebih besar memandangkan kurangnya khidmat semasa kecemasan bagi menghantar barang, serta bekerjasama dengan khidmat penghantaran. Kegunaan sedemikian adalah sangat penting."

CEO DroneDash, Paul Yam memberi pendapat: "Kesan ekonominya dijangka juga sangat besar. Lebih banyak pekerjaan bakal dicipta.

"Mungkin produk yang dibuat di daerah ceruk rantau terpencil yang dahulunya sukar untuk mereka hantar barangan mereka ke kawasan bandar. Kini ia dapat dicapai dengan kaedah lebih cekap."
Sumber : CNA/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita