Khidmat pengangkutan awam SG diusul agar dilanjutkan hingga lewat malam
Anggaran Waktu Membaca:
Orang ramai di Boat Quay sekitar pukul 11.00 malam pada 22 Ogos 2025. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Sebilangan pusat hiburan di Sungai Singapura kini dibuka sehingga awal pagi, namun para pengunjung masih menghadapi masalah, di mana pengangkutan awam tidak disediakan pada lewat malam.
Projek rintis selama setahun, yang dilancarkan pada 18 Ogos, membenarkan sebilangan pengendali di Clarke Quay, Boat Quay dan Upper Circular Road untuk melanjutkan waktu operasi mereka sehingga jam 4.00 pagi pada Jumaat dan Sabtu.
Langkah tersebut adalah sebahagian daripada rancangan pemerintah yang lebih luas untuk menghidupkan semula daerah hiburan malam.
Namun, langkah tersebut tidak disertai dengan kesediaan perkhidmatan pengangkutan awam pada lewat malam, yang dihentikan pada Jun 2022 disebabkan jumlah penumpang yang rendah.
Sebagai memberi respons kepada pertanyaan Mediacorp, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan bahawa bas dan MRT beroperasi selama sekitar 18 jam sehari, dari jam 6.00 pagi hingga tengah malam.
Melanjutkan perkhidmatan itu juga akan mengurangkan tempoh penyenggaraan pada sebelah malam, tambahnya.
Namun, pemain industri berkata bahawa akses pengangkutan adalah penting untuk pemulihan sektor berkenaan.
Keterhubungan pada waktu malam yang lebih baik boleh menggalak tindakan pengunjung yang bertanggungjawab dan menyokong perniagaan di kawasan itu, tambahnya.
Menurut Encik Loong, sebahagian besar maklum balas daripada ahli-ahli adalah positif sejak projek perintis bermula, tetapi cabaran masih berterusan, terutamanya berkaitan kekurangan pengangkutan, kenaikan kos dan kekurangan tenaga kerja.
MENILAI SEMULA PILIHAN PENGANGKUTAN AWAM
Ahli ekonomi Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) Walter Theseira berkata pengangkutan awam lewat malam seringkali tidak menjimatkan kos atau berdaya maju, memerlukan kakitangan luar waktu dan subsidi-subsidi yang lebih tinggi untuk jumlah penumpang yang rendah.
Meskipun dengan tambang yang lebih tinggi, perkhidmatan tersebut mungkin tidak berbaloi seperti pengangkutan awam pada waktu siang, katanya.
Encik Edward Chia, timbalan pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi kewangan serta perdagangan dan perusahaan, berkata bahawa subsidi-subsidi pengangkutan bas tahunan kini melebihi S$1 bilion.
Kekurangan pemandu bas juga menimbulkan cabaran, dan menjalankan perkhidmatan lewat malam akan bermakna kurang pemandu tersedia semasa waktu sibuk pengangkutan, kata Encik Chia, yang juga merupakan Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Holland-Bukit Timah.
Profesor Madya Theseira menambah bahawa menjalankan sistem MRT 24/7 juga akan menjejas keandalannya, kerana prasarana MRT Singapura bergantung pada penutupan semalaman untuk kerja-kerja penyenggaraan.
Encik Chia mencadangkan bahawa kenderaan tanpa pemandu boleh membantu menangani isu ini.
LTA menyatakan bahawa pengendali bas swasta boleh memohon untuk menjalankan perkhidmatan lewat malam jika terdapat permintaan komersial yang mencukupi. Ia juga menunjukkan ketersediaan teksi dan pilihan e-panggilan khidmat pengangkutan.
Beberapa syarikat e-panggilan khidmat pengangkutan kini memperkenalkan skim tersendiri. TADA menawarkan promosi "Late Night Quest" pada bulan Mac, memberikan penumpang diskaun sehingga S$7 untuk perjalanan antara jam 10.00 malam dan 5.00pagi, dan sedang menimbangkan untuk menjalankannya lagi.
Grab pula bekerjasama dengan CQ @ Clarke Quay, untuk memberikan diskaun S$8 untuk perjalanan dari tempat tersebut antara jam 2.00 pagi dan 5.00 pagi pada hujung minggu sehingga 11 Oktober.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.