Skip to main content

Singapura

Khidmat pemulihan pesakit perlu lebih manfaatkan teknologi, kata DPM Heng

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Sep 2023 08:36PM Dikemas Kini : 25 Sep 2023 11:03PM
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata, khidmat-khidmat pemulihan kini perlu lebih memanfaatkan teknologi.

Ini memandangkan permintaan rawatan ini semakin bertambah, khususnya dalam masyarakat-masyarakat semakin menua sedang tenaga kerjanya pula berkurangan.

Beliau berkata sedemikian semasa acara Rehabweek 2023, iaitu wadah bagi para klinisian, penyelidik dan jurutera bekerjasama dan mencipta inovasi baharu.

Pemulihan yang dibantu teknologi seperti robotik dan realiti maya atau VR, semakin lazim digunakan para pesakit.

DPM Heng berkata, teknologi sebegini bukan sahaja memudahkan proses, tetapi juga membantu para pesakit memantau pemulihan mereka di rumah.

Itu tekan Encik Heng akan mendatangkan kesan sosial dan ekonomi yang baik.

Encik Heng berkata: "Pertama sekali, khidmat pemulihan penting bagi kesejahteraan seseorang individu. Selain itu, pemulihan membolehkan penuaan yang produktif, apabila para individu boleh lebih lama mengambil bahagian dan menyumbang kepada masyarakat. Pemulihan juga boleh mengurangkan kos perubatan, apabila ditawarkan di peringkat awal sebagai sebahagian pelan jagaan holistik."

Sebagai sebahagian pelan holistik ini, Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHG) sedang membangunkan sebuah hab digital pemulihan.

Ia akan berfungsi sebagai hab sehenti bagi hospital dan klinik untuk menawarkan khidmat pemulihan menerusi telefon atau video kepada pesakit mereka.

Ketua konsultan Jabatan Perutabatan Rehabilitasi TTSH Profesor Madya Loh Yong Joo berkata: "Sering kali kami membangunkan aplikasi buat pesakit, tetapi untuk pesakit yang menjalani pemulihan, mereka berdepan isu berlainan. Oleh itu, kami berharap untuk menyelaraskan semua aplikasi ini dalam satu platform digital untuk mereka gunakan, supaya mereka tidak harus membuka setiap aplikasi mini. Mereka hanya mempunyai satu wadah diselaraskan di mana kami boleh menyesuaikan matlamat pemulihan mereka."
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita