Skip to main content

Singapura

Khidmat Outram Park-Queenstown, Queenstown-Bugis alami gangguan dek kereta api rosak

Perkhidmatan MRT Laluan Timur-Barat mengalami gangguan dari kedua-dua arah pada Khamis (10 Okt) disebabkan kerosakan sebuah kereta api, menurut pengendali pengangkutan SMRT.

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat Outram Park-Queenstown, Queenstown-Bugis alami gangguan dek kereta api rosak

(Gambar: Pembaca CNA)

Diterbitkan : 10 Oct 2024 01:33PM Dikemas Kini : 10 Oct 2024 01:41PM
SINGAPURA: Perkhidmatan MRT Laluan Timur-Barat mengalami gangguan dari kedua-dua arah pada Khamis (10 Okt) disebabkan kerosakan sebuah kereta api, menurut pengendali pengangkutan SMRT.

Dalam satu catatan Facebook pada sekitar pukul 12.30 tengah hari, SMRT menyatakan penumpang dapat menjangkakan masa perjalanan tambahan selama 25 minit antara stesen MRT Outram Park dengan Queenstown menghala ke stesen MRT Joo Koon.

Dalam satu kemas kini pada pukul 12.55 tengah hari, ia menyatakan penumpang boleh menjangkakan masa perjalanan tambahan selama 20 minit antara stesen MRT Queenstown dengan Bugis menghala ke stesen MRT Pasir Ris.

Menurut SMRT, khidmat bas biasa percuma disediakan antara stesen-stesen yang terjejas.

Dalam masa yang sama, perkhidmatan di bahagian yang terganggu sedang dipulihkan secara beransur-ansur.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita