Khidmat MRT NEL kembali pulih susuli kerosakan sistem isyarat
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail MRT di Laluan Timur Laut. (Gambar: SBS Transit/Facebook)
SINGAPURA: Para penumpang mengalami kelengahan di Laluan Timur Laut (NEL) pada pagi Isnin (10 Feb) akibat kerosakan sistem isyarat di Stesen MRT Buangkok.
Gangguan itu berlarutan selama lebih sejam, dengan khidmat disambung semula pada sekitar pukul 8.20 pagi, menurut SBS Transit.
SBS Transit sebelum ini memberitahu para penumpang untuk menjangkakan masa perjalanan tambahan sehingga 30 minit.
SBS Transit pertama kali mengumumkan kerosakan sistem isyarat di laman media sosialnya pada sekitar pukul 7.00 pagi, dan memaklumkan para penumpang bahawa khidmat bas percuma disediakan di pelbagai lokasi.
Khidmat Laluan Utara-Timur "disambung semula secara bertahap-tahap" dari pukul 8.00 pagi, menurut SBS Transit, sebelum khidmat disambung semula sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian.
"Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku," kata SBS Transit.
Jumaat lalu, khidmat MRT di Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat mengalami kelengahan disebabkan oleh kejuruteraan yang tergelincir.
Kejadian itu berlaku pada waktu pagi dan menghalang beberapa khidmat MRT daripada meninggalkan depot Bishan. Khidmat MRT kembali lancar pada sebelah petang.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.