Khidmat MRT Laluan Utara-Selatan disambung semula selepas kelengahan akibat kerosakan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail kereta api SMRT. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Khidmat kereta api bersambung seperti biasa di Laluan Utara-Selatan selepas kelengahan sehingga 25 minit berlaku antara stesen Woodlands dengan Yishun pada Rabu (8 Feb) akibat kerosakan pada landasan kereta api.
Kerosakan landasan adalah gangguan yang menjejas suis yang membolehkan kereta api menukar landasan.
Kerosakan bermula sekitar pukul 6.45 pagi, menurut SMRT dalam catatan Facebooknya pada Rabu (8 Feb).
SMRT memaklumkan kepada para penumpang mengenai kelengahan tersebut melalui catatan Twitter pada pukul 6.58 pagi. Ia memberitahu para penumpang supaya "menambah 10 minit kepada perjalanan antara #Yishun dengan #Woodlands".
Dalam catatan Facebook pada pukul 8.11 pagi, ia menyatakan bahawa kerosakan tersebut berlaku di Laluan Utara-Selatan antara stesen MRT Sembawang dengan Admiralty. Oleh itu, kereta api bergerak lebih perlahan antara stesen Woodlands dengan Yishun di kedua-dua arah, dan penumpang dinasihatkan supaya menambah 20 minit kepada perjalanan mereka.
Mereka juga digesa mengambil laluan alternatif seperti Laluan Thompson-East Coast untuk ke kawasan bandar.
Dalam catatan Twitter berikutnya pada pukul 12.08 tengah hari, SMRT memberitahu penumpang untuk "menambah sekurang-kurangnya 25 minit pada perjalanan antara #Yishun dengan #Woodlands".
Hampir 40 minit kemudian, ia menyatakan bahawa khidmat kereta api sudah bersambung seperti biasa, dan khidmat bas percuma sudah berhenti.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.