Khidmat MRT Laluan Thomson-East Coast disambung semula susuli gangguan sebelah pagi
Notis yang memaklumkan penumpang tentang gangguan di Laluan Thomson-East Coast (TEL) di stesen MRT Bishan pada 1 Julai 2025. (Gambar: Pembaca CNA)
- Kerosakan sistem isyarat menjejas perjalanan pada waktu sibuk sebelah pagi di Laluan Thomson-East Coast pada pagi Selasa (1 Julai) apabila perkhidmatan MRT antara stesen Napier dan Great World terhenti.
- SMRT memuat naik makluman ke laman Facebook pada pukul 6.40 pagi bagi memaklumkan para pengguna untuk menjangkakan tambahan 30 minit pada masa perjalanan mereka.
- “Perkhidmatan bas percuma disediakan antara stesen Caldecott dan Taman di Pesisiran. Kami memohon maaf atas gangguan pada perjalanan pagi anda,” menurut kenyataan tersebut.
- SMRT dalam kemas kini pada pukul 6.55 pagi menyatakan bahawa kerosakan isyarat berlaku di Stesen Orchard Boulevard dan jurutera mereka sedang berusaha untuk membaiki masalah tersebut.
Gangguan itu berlarutan selama lebih sejam, dengan perkhidmatan antara stesen Napier dan Great World terjejas.
SMRT mula-mula memuat naik makluman ke Facebooknya pada pukul 6.40 pagi bagi memberitahu para penumpang supaya menjangkakan tambahan 30 minit pada masa perjalanan mereka disebabkan oleh kerosakan sistem isyarat.
Perkhidmatan bas percuma disediakan antara stesen Caldecott dan Taman di Pesisiran (Gardens by the Bay).
Kerosakan sistem isyarat berlaku di Stesen Orchard Boulevard, dedah SMRT.
SMRT juga menasihatkan para penumpang supaya menggunakan laluan alternatif ke kawasan bandar.
Pada kira-kira pukul 8.20 pagi, perkhidmatan MRT telah disambung semula. Selepas itu, perkhidmatan bas percuma dan perkhidmatan bas penghubung telah dihentikan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.