Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat MRT Laluan Thomson-East Coast disambung semula susuli gangguan lebih 3 jam

Gangguan itu bermula sekitar 8.05 pagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat MRT Laluan Thomson-East Coast disambung semula susuli gangguan lebih 3 jam

Tiada khidmat disediakan di Laluan Thomson-East Coast pada poagi 6 Jul 2022. (Gambar: Facebook/Naima Khing)

Diterbitkan : 06 Jul 2022 10:42AM Dikemas Kini : 06 Jul 2022 04:27PM

SINGAPURA: Khidmat kereta api di Laluan Thomson-East Coast mengalami gangguan disebabkan oleh kerosakan sistem isyarat, menurut SMRT di laman Facebooknya pada Rabu (6 Jul).

"Tiada khidmat disediakan buat masa ini bagi kedua-dua arah," tambahnya.

Gangguan itu bermula sekitar 8.05 pagi.

"Para penumpang menaiki enam kereta api itu diturunkan dengan selamat di stesen-stesen berhampiran. Lampu dan pengudaraan terus dihidupkan dalam kereta api yang terhenti itu semasa penumpang masih berada di dalam gerabak," kata SMRT, sambil menambah para jurutera dikerahkan untuk membaiki isu itu.

Khidmat bas ulang-alik percuma juga sudah diaktifkan. Dalam catatannya di laman Twitter, SMRT menasihati para penumpang supaya melakukan perjalanan di Laluan Utara-Selatan dan Laluan Circle.

tel mrt line
Para penumpang beratur untuk khidmat bas ulang-alik percuma yang diaktifkan setelah gangguan MRT berlaku di Laluan Thomson-East Coast. (Gambar: max pasakorn แม็ก ภาสกร/Twitter)


"Kakitangan tambahan dikerahkan bagi membantu pengurusan orang ramai. Kami memohon maaf kepada para penumpang yang terjejas semasa perjalanan pada waktu sibuk," menurut SMRT.

Dalam satu kemas kini di Twitter sekitar pukul 11.35 pagi, SMRT menyatakan khidmat kereta api antara Woodlands North dengan Caldecott sudahpun disambung semula.

Terdapat sembilan stesen yang beroperasi di Laluan Thomson-East Coast, dari Woodlands North hingga ke Caldecott.

Tiga stesen pertama - Woodlands, Woodlands North dan Woodlands South - dibuka kepada umum pada Januari 2020 manakala enam lagi stesen memulakan khidmat penumpang pada Ogos 2021 semasa fasa 2 pelancaran laluan tersebut.

Pembukaan fasa 2 ditunda dua kali dengan yang pertama disebabkan oleh pandemik COVID-19. Penundaan kedua pula dibuat setelah Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menjalankan semakan sistem menyusuli gangguan selama lima jam pada laluan tersebut pada Disember 2020 disebabkan gangguan isyarat.

Lagi 11 stesen di Laluan Thomson-East Coast, termasuk Stevens, Orchard dan Outram Park, dijangka memulakan khidmat pada separuh kedua tahun ini.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan