Skip to main content

Singapura

Khidmat MRT di laluan Circle disambung semula susuli kerosakan sistem isyarat

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat MRT di laluan Circle disambung semula susuli kerosakan sistem isyarat

Kesesakan di Laluan NSL ke Laluan Circle di stesen MRT Bishan pada 11 Feb 2025. (Gambar: Pembaca Mediacorp)

Diterbitkan : 11 Feb 2025 12:42PM Dikemas Kini : 11 Feb 2025 01:52PM
SINGAPURA: Kerosakan pada sistem isyarat antara stesen MRT Paya Lebar dengan Marymount di laluan Circle menyebabkan kelengahan pada Selasa pagi (11 Feb).

Dalam satu catatan Facebook pada jam 10.20 pagi, pengenali kereta api SMRT menyatakan kerosakan sistem isyarat itu, yang bermula sekitar jam 8.11 pagi, menjejaskan operasi kereta api di lapan stesen.

"Kerosakan itu menyebabkan kereta api terhenti, dan bekalan kuasa ke sektor yang terjejas terganggu," menurutnya, sambil menambah bahawa bekalan kuasa dipulihkan dalam masa lima minit dan khidmat kereta api diteruskan pada jam 8.30 pagi.

SMRT turut menyatakan bahawa Sistem Pusat Kereta Api Automatik menjejas keupayaan para pengawalnya untuk menangani pergerakan kereta api dengan cekap. Ia kemudian mengambil masa 30 minit untuk perkhidmatan di seluruh laluan Circle kembali pulih.

"Pada waktu sibuk pagi, stesen pertukaran utama seperti di Serangoon, Buona Vista, Botanic Gardens dan Bishan biasanya memerlukan satu atau dua kereta api untuk menampung orang ramai," menurut SMRT.

"Oleh kerana kelengahan ini, ia memerlukan sebanyak tiga kereta api untuk menangani kesesakan."

Pengendali pengangkutan itu menyatakan bahawa kakitangan di stesen dikerahkan untuk membantu penumpang, dan pengumuman awam dibuat di stesen-stesen yang terjejas.

SMRT menambah bahawa pembuat kereta api Perancis ALSTOM sudahpun menghasilkan perisian yang dikemas kini untuk menangani isu berkenaan. Perisian tersebut dijadualkan untuk dipasang pada Sabtu (15 Feb).

"Kami memohon maaf atas kesulitan ke atas pe paranumpang,"tambahnya.
Kesesakan di Stesen MRT Bishan. (Gambar: Pembaca Mediacorp)
Pada Isnin, penumpang pada waktu pagi mengalami kelengahan di Laluan Timur Laut akibat kerosakan pada sistem isyarat di stesen MRT Buangkok.

Gangguan itu berkekalan selama lebih sejam, dan SBS memberitahu penumpang supaya menjangkakan waktu perjalanan tambahan selama 30 minit.

Insiden tersebut berikutan satu lagi gangguan pada Jumaat lalu (7 Feb), apabila perkhidmatan di Laluan Utara-Selatan (NSL) dan Laluan Timur-Barat (EWL) ditangguhkan disebabkan kenderaan kejuruteraan yang tergelincir.

Kejadian itu berlaku pada waktu pagi dan menghalang kereta api daripada meninggalkan depoh Bishan. Landasan kemudian dikosongkan pada waktu petang.
 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita