Skip to main content

Singapura

Khidmat MRT dari Choa Chu Kang ke Woodlands terjejas akibat gangguan bekalan tenaga di Laluan Utara-Selatan

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat MRT dari Choa Chu Kang ke Woodlands terjejas akibat gangguan bekalan tenaga di Laluan Utara-Selatan

(Gambar: Facebook/Derrick Loh)

SINGAPURA: Khidmat kereta api antara Stesen MRT Woodlands dan Choa Chu Kang di Laluan Utara-Selatan mengalami gangguan pada Isnin (Jun 3) selama lebih dua jam disebabkan oleh gangguan pada bekalan elektrik.

SMRT menyatakan gangguan itu berlaku pada kira-kira pukul 5.50 petang yang menjejas khidmat kereta api antara Yew Tee dan Woodlands di kedua-dua arah.

Dalam kemas kininya, SMRT menambah bahawa Stesen SMRT Choa Chu Kang turut terjejas.

Khidmat bas biasa dan bas penghubung disediakan secara percuma antara Choa Chu Kang dan Woodlands di kedua-dua arah.


Pada sekitar pukul 7.55 malam, SMRT menyatakan bahawa khidmat kereta api dari Woodlands menghala ke Choa Chu Kang sudah disambung semula.

Dalam kemas kini pada pukul 8.10 malam pula, ia menambah bahawa khidmat kereta api dari Choa Chu Kang ke Woodlands juga sudah kembali beroperasi.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita