Skip to main content

Singapura

Khidmat MRT CCL disambung semula selepas kerosakan kereta api sebabkan kelengahan pada waktu sibuk

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat MRT CCL disambung semula selepas kerosakan kereta api sebabkan kelengahan pada waktu sibuk

Penumpang di Laluan Circle 20 Mei 2025. (Gambar: CNA/Calvin Oh)

Diterbitkan : 20 May 2025 09:36AM Dikemas Kini : 20 May 2025 09:40AM
SINGAPURA: Para penumpang yang melakukan perjalanan antara stesen MRT Paya Lebar dengan Buona Vista di Laluan Circle Line (CCL) mengalami kelengahan pada Selasa pagi (20 Mei) disebabkan kerosakan kereta api.

Pengendali kereta api SMRT pertama kali memberitahu penumpang pada pukul 8.26 pagi supaya menjangkakan tambahan 30 minit masa perjalanan antara dua stesen.

"Khidmat bas biasa percuma disediakan antara Serangoon dengan Buona Vista," tambahnya.

SMRT menyatakan dalam satu kemas kini pada pukul 8.41 pagi bahawa perkhidmatan "disambung semula secara bertahap-tahap". Sekitar 10 minit kemudian, ia menyatakan perkhidmatan sudah disambung semula sepenuhnya dan khidmat bas percuma dihentikan.
Related article image
(Gambar: Facebook/SMRT)
Seorang penumpang menerusi akaun Facebook SMRT berkata beliau "terperangkap di stesen Serangoon" selama 20 minit, manakala seorang lagi penumpang berkata beliau terkandas di stesen Caldecott.

Seorang wartawan Mediacorp yang melakukan perjalanan di Laluan Circle diminta turun di stesen MRT Serangoon dan tukar ke Laluan North East.
Related article image
Penumpang di Stesen MRT Bartley pada 20 Mei 2025, di tengah-tengah kelengahan. (Gambar: CNA/Calvin Oh)
Di stesen MRT Bartley, para penumpang dilihat turun selepas kereta api tidak bergerak di stesen itu sekitar 10 minit.

Ia terhenti di antara stesen MRT Tai Seng dengan Bartley sekitar 15 minit sebelum itu.

Mediacorp sudah menghubungi SMRT untuk mendapatkan lebih banyak maklumat, termasuk punca kerosakan kereta api.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita