Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat MRT antara stesen Ang Mo Kio dan Yishun terganggu setelah wanita turun ke landasan

Khidmat kereta api antara stesen MRT Ang Mo Kio dan Yishun di laluan Utara-Selatan terganggu pada sekitar 1.55 tengah hari Isnin (2 Ogos) selama 25 minit setelah seorang penumpang wanita memanjat pintu penghadang separuh ketinggian di platform stesen Yio Chu Kang lalu berjalan di landasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat MRT antara stesen Ang Mo Kio dan Yishun terganggu setelah wanita turun ke landasan

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 02 Aug 2021 07:15PM Dikemas Kini : 02 Aug 2021 07:25PM

SINGAPURA: Khidmat kereta api antara stesen MRT Ang Mo Kio dan Yishun di laluan Utara-Selatan terganggu pada sekitar 1.55 tengah hari Isnin (2 Ogos) selama 25 minit setelah seorang penumpang wanita memanjat pintu penghadang separuh ketinggian di platform stesen Yio Chu Kang lalu berjalan di landasan.

Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di stesen MRT Yio Chu Kang pada sekitar 1.55 tengah hari mengenai seorang penumpang wanita yang dilihat berjalan di landasan MRT.

"Penumpang wanita itu diiring keluar dari landasan dan ditahan di bawah Akta Kesihatan Mental (Penjagaan dan Rawatan)," kata pihak polis.

Polis menambah wanita itu juga ditangkap kerana melakukan pencerobohan jenayah. Siasatan sedang dijalankan.

Dalam satu catatan di Facebook pada Isnin, pengendali khidmat pengangkutan awam SMRT menyatakan wanita itu diiring ke platform pada sekitar 2.10 petang dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Penumpang di platform menekan butang Menghentikan Kecemasan dan kakitangan kami segera bertindak di tempat kejadian," kata SMRT.

Kuasa tarikan, bekalan elektrik di landasan kereta api dimatikan, dan polis serta Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) segera dikerah.

SCDF menyatakan bahawa sekitar 1.55 tengah hari pada Isnin, ia dimaklumkan tentang satu insiden di 3000 Ang Mo Kio Avenue 8, iaitu lokasi stesen MRT Yio Chu Kang.

Menurutnya seorang anggota paramedik SCDF telah memeriksa individu yang terlibat dalam insiden berkenaan dan wanita itu tidak dibawa ke hospital.

Khidmat bas percuma disediakan antara stesen Ang Mo Kio dan Yishun dan khidmat kereta api diteruskan sekitar 2.20 petang.

Tambahnya, ia sedang membantu polis dalam siasatan.

DI MANA UNTUK DAPATKAN BANTUAN

Hotline Samaritans of Singapore: 1800 221 4444 (24 jam)

Talian bantuan Institut Kesihatan Mental: 6389 2222 (24 jam)

Talian bantuan Persatuan Kesihatan Mental Singapura: 1800 283 7019 (Isnin hingga Jumaat, 9pg-6ptg)

Tinkle Friend: 1800 274 4788 (Isnin hingga Jumaat, 9.30pg-5ptg)

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan