Khidmat LRT Sengkang-Punggol disambung semula susuli gangguan selama 4 jam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Khidmat LRT Sengkang-Punggol terjejas selama lebih empat jam pada pagi Ahad (9 Jun) disebabkan oleh gangguan isyarat.
SBS Transit menyatakan menerusi catatan pertama yang dimuat naik ke platform X pada 5.47 pagi bahawa tiada khidmat LRT disediakan bagi kedua-dua stesen LRT Sengkang dan Punggol.
Tambang tidak akan dipotong jika penumpang keluar dari stesen LRT yang terjejas, menurut SBS Transit, sambil menambah bahawa bas tetap dan bas penghubung disediakan secara percuma di kedua-dua stesen dan ia juga memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Dalam kemas kini yang dimuat naik pada 9.25 pagi, SBS Transit menyatakan bahawa khidmat LRT Sengkang-Punggol masih belum dapat disediakan disebabkan oleh gangguan isyarat dan kerja-kerja pemulihan yang sedang dijalankan.
Para penumpang yang terjejas dinasihatkan supaya mengikut papan tanda arah untuk sampai ke tempat menaiki bas biasa dan bas penghubung yang disediakan secara percuma.
Mereka juga boleh mengakses aplikasi SBS Transit di bawah "Pilihan Pengangkutan Alternatif" untuk mendapatkan maklumat lanjut.
SBS Transit kemudian menyatakan bahawa khidmat LRT Sengkang-Punggol telah disambung semula sejak pukul 10.12 pagi, dengan khidmat bas biasa dan bas penghubung masih disediakan di perhentian bas tertentu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.