Khidmat LRT Sengkang-Punggol disambung "berperingkat"
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Khidmat LRT Sengkang-Punggol kini disambung semula secara berperingkat selepas tergendala pada Jumaat pagi (15 Ogos) akibat kerosakan bekalan elektrik, menurut pengendali SBS Transit.
Dalam kemas kini di Facebook pada pukul 12.05 tengah hari, SBS Transit menyatakan khidmat LRT "disambung secara berperingkat" di Sengkang sejak pukul 11.05 pagi dan di Punggol sejak pukul 11.20 pagi.
Kerja-kerja masih dijalankan, tambahnya.
SBS Transit mengumumkan mengenai gangguan tersebut menerusi catatannya di Facebook pada pukul 8.55 pagi, sambil memaklumkan bahawa khidmat bas biasa dan bas ulang-alik percuma disediakan di perhentian tertentu di stesen-stesen yang terjejas.
SBS Transit turut menyatakan bahawa khidmat bas percuma juga disediakan dari Pusat Pertukaran Bas Sengkang.
Dalam kemas kini pada pukul 10.00 pagi, pihaknya memaklumkan bahawa kakitangan khidmat penumpang berada di lokasi untuk membantu para penumpang dan mengarahkan mereka ke lokasi menaiki bas perantara.
Penumpang juga boleh mengikuti papan tanda arah untuk mencari lokasi menaiki bas tersebut.
Seorang penumpang yang menaiki kereta api di LRT Punggol memberitahu Mediacorp bahawa kira-kira pukul 8.50 pagi, kereta api berhenti di stesen dan lampunya terpadam. Paparan elektronik di platform menunjukkan bahawa khidmat kereta api “digantung sementara”.
Insiden itu berlaku tiga hari selepas gangguan selama beberapa jam menjejas LRT Sengkang-Punggol serta Laluan Timur Laut (NEL).

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.