Skip to main content

Singapura

Khidmat LRT Punggol digantung 3 jam akibat 'masalah sistem'

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat LRT Punggol digantung 3 jam akibat 'masalah sistem'

LRT Punggol di landasan pada 12 Ogos 2025. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 13 Sep 2025 09:38AM Dikemas Kini : 13 Sep 2025 12:43PM
SINGAPURA: Khidmat LRT Punggol digantung selama kira-kira tiga jam pada pagi Sabtu (13 Sep) akibat "masalah sistem".

Pengendali pengangkutan SBS Transit memuat naik pemberitahuan di laman Facebook mengenai gangguan itu pada kira-kira 5.15 pagi.

Ia juga memaklumkan para penumpang bahawa bas biasa dan bas ulang-alik percuma disediakan di Pusat Pertukaran Bas Punggol dan perhentian bas tertentu berhampiran stesen-stesen terjejas.

Dalam kemas kini yang dibuat sekitar 8.10 pagi, SBS Transit menjelaskan bahawa kerosakan itu sudah diperbaiki dan LRT Punggol kembali beroperasi sepenuhnya.

"Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku," tambahnya.

Ini adalah gangguan terbaharu dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pada 15 Ogos, khidmat LRT Sengkang-Punggol mengalami gangguan selama kira-kira empat jam akibat masalah bekalan elektrik, menjejas kesemua 29 stesen dalam rangkaiannya.

Pada 12 Ogos, masalah bekalan elektrik turut menyebabkan gangguan selama lima jam pada LRT Sengkang-Punggol, serta Laluan Timur Laut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SBS Transit Group Jeffrey Sim berkata selepas kejadian 12 Ogos itu bahawa gangguan selama berjam-jam itu tercetus akibat masalah bekalan elektrik utama dan sandaran di sebuah 'substation' depot.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita