Skip to main content

Singapura

Khidmat LRT Bukit Panjang terjejas akibat kerosakan; khidmat bas percuma disediakan bagi bantu penumpang

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat LRT Bukit Panjang terjejas akibat kerosakan; khidmat bas percuma disediakan bagi bantu penumpang

(Gambar: Kannan)

Diterbitkan : 22 Oct 2024 10:47PM Dikemas Kini : 23 Oct 2024 08:27AM
SINGAPURA: Khidmat kereta api di sepanjang laluan LRT Bukit Panjang terjejas pada Selasa (22 Okt) malam akibat kerosakan kereta api.

Pengendali pengangkutan SMRT menyatakan bahawa sebuah kereta api "tidak bergerak" berhampiran stesen Teck Whye pada sekitar jam 5.20 petang.

"Semua penumpang dalam kereta api yang rosak telah diturunkan dengan selamat di platform stesen Teck Whye," menurutnya dalam catatan di Facebook.

"Untuk mengalihkan kereta api yang rosak itu, sebuah kereta api penyelamat terpaksa dikerahkan untuk memindahkannya ke depoh. Dalam perjalanan pulang ke depoh, kereta api tunda juga terhenti."

Gangguan itu menjejaskan perkhidmatan antara stesen Choa Chu Kang dengan Bukit Panjang.

Perkhidmatan bas biasa percuma antara kedua-dua stesen itu turut disediakan antara stesen Choa Chu Kang dan Bukit Panjang.

Seorang pembaca Mediacorp, yang hanya mahu dikenali sebagai Kannan, berkata dia berada berhampiran stesen LRT Teck Whye sekitar jam 5.15 petang apabila dia mendengar bunyi yang kuat.

Menganggap bahawa ia adalah kemalangan kereta pada mulanya, dia kemudian menyedari bahawa sebuah kereta api LRT terhenti di stesen itu.

Menurutnya, dia melihat penumpang dipindahkan dari kereta api sebelum pekerja cuba mengalihkan kereta api empat gerabak itu.

SMRT terpaksa berhadapan dengan gangguan besar pada September apabila perkhidmatan kereta api di sepanjang bahagian Laluan Timur-Barat alami gangguan menyusuli kerosakan yang meluas pada landasan dan peralatan lain, disebabkan oleh kereta api yang rosak berhampiran stesen MRT Clementi.

Perkhidmatan kereta api biasa di sepanjang laluan hanya disambung semula selepas enam hari.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) melancarkan siasatan ke atas insiden itu pada awal Oktober dan menyatakan bahawa penemuan itu akan dihebahkan.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita