Skip to main content

Singapura

Khidmat LRT Bukit Panjang disambung semula selepas alami kerosakan

Anggaran Waktu Membaca:
 Khidmat LRT Bukit Panjang disambung semula selepas alami kerosakan

Khidmat LRT Bukit Panjang disambung semula selepas alami kerosakan. (Gambar: Facebook/SMRT)

Diterbitkan : 23 Oct 2024 07:51AM Dikemas Kini : 23 Oct 2024 08:37AM
SINGAPURA: Khidmat LRT Bukit Panjang disambung semula pada pagi Rabu (23 Okt), selepas LRT yang rosak menjejas khidmat pada malam sebelumnya.

Pengendali pengangkutan SMRT menyatakan dalam kemas kini Facebook pada 5.07 pagi Rabu bahawa para jurutera dan teknisyennya telah bekerja sepanjang malam untuk memulihkan sistem LRT Bukit Panjang.

"Jurutera kami berjaya membaiki segmen pendek rel tenaga dan membawa LRT yang rosak itu kembali ke depot untuk pemeriksaan lanjut," tambahnya.

"Khidmat telah disambung semula pada pukul 5.00 pagi dan khidmat bas biasa percuma sudah dihentikan."

Ia kemudian menyatakan bahawa khidmat penumpang terpaksa ditamatkan awal pada pukul 10.00 malam untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan segera.

Dalam kemas kini pada Rabu (23 Okt), SMRT menyatakan bahawa tiada masalah dengan kereta api tunda.

"Semasa menjalankan kerja-kerja pembaikan semalam, para jurutera kami menjalankan siasatan dan mendapati kereta api penyelamat itu adalah kereta api yang berfungsi dengan baik. Ia tidak dapat bergerak kerana tayar yang kempis akibat kereta api yang rosak," tambahnya.

SMRT berdepan dengan gangguan besar-besaran pada September lalu apabila khidmat MRT di bahagian Laluan Timur-Barat tidak dapat disediakan selama enam hari, selepas kereta api yang rosak menyebabkan kerosakan besar pada landasan dan peralatan lain.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) melancarkan siasatan ke atas insiden itu pada awal Oktober dan hasil siasatannya akan diumumkan apabila siasatan selesai dijalankan.
Sumber : CNA/AW/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita