Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat kereta sewa Jugnoo, Ryde X dilancarkan hari ini

Dua lagi aplikasi khidmat kereta sewa privet memasuki pasaran tempatan secara rasmi hari ini (2 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 May 2018 09:40PM Dikemas Kini : 02 May 2018 10:03PM

SINGAPURA: Dua lagi aplikasi khidmat kereta sewa privet memasuki pasaran tempatan secara rasmi hari ini (2 Mei).

Satu daripadanya 'Jugnoo' yang berpangkalan di India manakala satu lagi merupakan syarikat tempatan, 'RydeX'.

Jugnoo sepatutnya melancarkan aplikasinya semalam (1 Mei) tetapi ia menghadapi beberapa masalah.

Sebahagian pemandu mengalami kesukaran untuk menggunakan aplikasi itu.

Ada pelanggan pula yang menggunakan aplikasi Jugnoo mendapati tiada atau hampir tidak ada pemandu kereta sewa.

Sebaliknya, aplikasi RydeX berjalan lancar hari ini dengan tempahan awal dapat dilakukan dalam masa lima minit.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rhyde, Terence Zou, berkata hampir 5,000 pemandu sudah pun menyertai platform syarikatnya.

Menurut beliau syarikat itu akan melancarkan perkhidmatan ikut permintaan apabila mencecah hampir 10,000 pemandu.

Sumber : CNA/UR/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan