Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat kereta api SMRT dan bas dilanjutkan pada malam Hari Raya

Khidmat kereta api, serta khidmat bas tertentu, akan dilanjutkan bagi para penumpang yang masih melakukan perjalanan hingga lewat malam pada 4 Jun - malam Hari Raya Aidilfitri, menurut SMRT pada Selasa (28 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat kereta api SMRT dan bas dilanjutkan pada malam Hari Raya

Gambar fail: Jeremy Long

Diterbitkan : 28 May 2019 10:31PM Dikemas Kini : 28 May 2019 10:34PM

SINGAPURA: Khidmat kereta api, serta khidmat bas tertentu, akan dilanjutkan bagi para penumpang yang masih melakukan perjalanan hingga lewat malam pada 4 Jun - malam Hari Raya Aidilfitri, menurut SMRT pada Selasa (28 Mei).

Kereta api terakhir di Laluan Utara-Selatan (NSL) dan Laluan Timur-Barat (EWL) akan meninggalkan stesen City Hall pada jam 12.30 pagi pada 5 Jun. Kereta api tersebut menuju ke Jurong East, Marina South Pier, Pasir Ris dan Tuas Link.

Di Laluan Circle, kereta api terakhir ke HarbourFront akan meninggalkan Dhoby Ghaut pada jam 11.55 malam. Kereta api yang menuju di laluan bertentangan akan meninggalkan HarbourFront pada 11.30 malam.

Beberapa khidmat bas juga akan dilanjutkan bagi para penumpang yang sedang dalam perjalanan dari pelbagai pertukaran bas.

Bas-bas terakhir iaitu 300, 301, 302, 307 dan 983A akan meninggalkan pusat tukaran bas Choa Chu Kang pada jam 1.35 pagi pada 5 Jun.

Sementara itu, perjalanan terakhir bagi bas-bas 901, 911, 912 dan 913 akan meninggalkan pusat tukaran bas Woodlands pada jam 1.20 pagi. Bas-bas terakhir bagi khidmat 920, 922 dan 973A juga akan meninggalkan pusat tukaran bas Bukit Panjang pada waktu itu.

Dari pusat tukar bas Sembawang, bas-bas terakhir bagi khidmat 859A dan 883A akan meninggalkan tempat itu pada jam 1.30 pagi.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan