Khidmat kereta api lebih perlahan di Circle Line selepas keretakan dikesan pada landasan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Khidmat kereta api di laluan Circle Line beroperasi dengan lebih perlahan pada Jumaat (29 Sep) selepas keretakan dikesan pada salah satu landasan kereta apinya.
"Khidmat kereta api akan beroperasi dengan lebih perlahan memandangkan hanya satu operasi laluan sahaja dapat berfungsi bagi kedua-dua arah untuk perjalanan yang terjejas - stesen Dhoby Ghaut ke Promenade; dan stesen Marina Bay ke Stadium," jelas SMRT dalam catatannya di laman Facebook.
Pihaknya juga menambah bahawa para penumpang di laluan tersebut harus menambah 30 minit kepada masa perjalanan mereka.
Keretakan pada landasan kereta api dikesan di lintasan dari stesen Promenade ke stesen-stesen Esplanade dan Bayfront semasa pemeriksaan penyenggaraan rutin dijalankan pada sekitar 2.20 pagi pada Jumaat, menurut SMRT.
"Pasukan kami akan menjalankan penggantian lintasan landasan kereta api itu bagi memulihkan penggunaan selamat di landasan tersebut," jelasnya.
"Memandangkan ia melibatkan tinjauan terperinci serta pergerakan landasan dan peralatan kereta api yang berat menggunakan kereta api kejuruteraan, khidmat kereta api biasa akan terjejas di bahagian laluan berkenaan untuk para jurutera kami menghuraikan isu itu."
Khidmat bas biasa secara percuma akan disediakan antara Paya Lebar dengan Dhoby Ghaut.
Khidmat bas yang menghubungkan penumpang juga akan disediakan antara stesen Paya Lebar dengan Promenade.
SMRT turut menasihatkan penumpang supaya menggunakan khidmat Laluan Utara-Selatan, Laluan Timur-Barat dan Laluan Downtown bagi perjalanan mereka.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.