Skip to main content

Singapura

Khidmat kereta api ke Stesen Changi lebih perlahan hingga 21 Jan, setelah keretakan dikesan

Para penumpang yang menuju ke lapangan terbang mungkin perlu menambah masa perjalanan masing-masing, setelah pengendali rel SMRT menyatakan bahawa pihaknya mengesan keretakan pada lintasan di Stesen MRT Lapangan Terbang Changi.

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat kereta api ke Stesen Changi lebih perlahan hingga 21 Jan, setelah keretakan dikesan

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 17 Jan 2020 11:00PM Dikemas Kini : 17 Jan 2020 11:01PM

SINGAPURA: Para penumpang yang menuju ke lapangan terbang mungkin perlu menambah masa perjalanan masing-masing, setelah pengendali rel SMRT menyatakan bahawa pihaknya mengesan keretakan pada lintasan di Stesen MRT Lapangan Terbang Changi.

Lintasan tersebut adalah bahagian di mana dua landasan bertemu.

SMRT memberitahu TODAY pada Jumaat (17 Jan) bahawa retakan itu dijumpai semasa kerja-kerja kejuruteraan pada Isnin.

Setelah retakan itu dikesan, kesemua kereta api dilencongkan ke satu platform bagi mengelak dari bahagian yang terjejas itu, menurut SMRT.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kereta api akan masih bergerak lebih perlahan apabila ia menghampiri bahagian yang terjejas.

Menurut ketua perhubungan SMRT Cik Margaret Teo, kerja pembaikan bagi retakan itu adalah "rumit" dan akan hanya selesai menjelang 21 Jan.

"Semasa tempoh ini, terdapat tambahan bagi masa perjalanan kereta api iaitu kurang daripada 5 minit," tambahnya. "Kami minta para penumpang agar bersikap memahami dan sabar."

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita