Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat kereta api antara stesen MRT Tanah Merah-Tampines diteruskan pada Selasa

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat kereta api antara stesen MRT Tanah Merah-Tampines diteruskan pada Selasa

(Gambar: CNA/Ili Nadhirah Mansor)

SINGAPURA: Khidmat kereta api di antara stesen MRT Tanah Merah dengan Tampines di sepanjang Laluan Timur-Barat (EWL) akan disambung semula pada Selasa (10 Dis), sehari lebih awal daripada yang dirancangkan setelah selesainya kerja-kerja di landasan.

Stesen-stesen itu ditutup sejak Sabtu (7 Dis) untuk memudahkan penyambungan landasan antara EWL dan Depoh Bersepadu East Coast (ECID) baharu.

Dalam catatan Facebook pada Isnin (9 Dis), Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat berkata kerja dan "ujian teliti" sudapun diselesaikan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja dan kakitangan pengangkutan awam kami atas kerja keras mereka sepanjang tiga hari lalu - jurutera, juruteknik dan pekerja kami yang bekerja sepanjang masa dan melakukan perancangan dan ujian yang teliti," kata Encik Chee.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menambah: "Kami telah menyelesaikan ujian komprehensif, termasuk ujian keselamatan dan ultrasonik pada landasan, bekalan kuasa dan sistem isyarat kereta api."

LTA sebelum ini menyatakan bahawa gangguan perkhidmatan antara Tanah Merah dengan Tampines diperlukan kerana penyambungan landasan EWL ke ECID memerlukan "tempoh berterusan" untuk menyelesaikan kerja-kerja.

ECID baharu, yang disebut-sebut sebagai depoh empat dalam satu yang pertama di dunia, akan menampilkan tiga depoh kereta api yang disusun di atas satu sama lain bersama satu depoh bas, semuanya dalam satu tapak. Ia akan dapat memuatkan sehingga 220 kereta api dan lebih 500 bas.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan