Khidmat kenderaan ulang-alik tanpa pemandu mula beroperasi di Punggol; percuma hingga pertengahan tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jika anda berada di Punggol, anda mungkin mahu mencuba sendiri khidmat kenderaan ulang-alik tanpa pemandu, iaitu yang pertama seumpamanya di Singapura.
Buat masa ini, khidmat itu percuma sehingga pertengahan tahun dan anda boleh menempah tempat duduk secara online.
Selepas itu, setiap perjalanan dijangka berharga $4 - tambang yang mungkin agak mahal bagi sesetengah penumpang.
Sepanjang fasa permulaan ini, pengendali keselamatan turut berada di dalam bas.
Latihan juga sedang dijalankan bagi pengendali dari jarak jauh, yang akan belajar memantau bas-bas terserbut daripada satu pusat arahan.
Tempoh percubaan berkenaan akan membolehkan syarikat-syarikat pengendali khidmat itu mengumpul maklum balas penumpang serta data penggunaannya.
Ini agar ia dapat membantu menyelaras piawai perkhidmatan dan harga pengenalan.
Bagi ramai orang, pengalaman menarik ini adalah alasan yang cukup untuk mencubanya.
Buat masa ini, hanya dua daripada tiga laluan sedia beroperasi pada hari-hari biasa antara 9.30 pagi hingga 5.30 petang.
Tempat duduk boleh ditempah menerusi aplikasi Grab.
Setakat ini, lebih 1,000 orang sudahpun membuat tempahan untuk beberapa minggu akan datang.
Sejak Januari, lebih 1,000 penumpang sudah mencuba perkhidmatan itu dan memberikan maklum balas.
Kenderaan-kenderaan tanpa pemandu tersebut sudahpun mencatat jarak perjalanan 30,000 kilometer dengan selamat.

Sumber : CNA/QA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.