Skip to main content

Singapura

Khidmat kad kredit dihentikan bagi aplikasi 'Koufu Eat'; polis siasat urus niaga tidak sah

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat kad kredit dihentikan bagi aplikasi 'Koufu Eat'; polis siasat urus niaga tidak sah

Sebuah cawangan Koufu. (Gambar: Facebook/Koufu)

SINGAPURA: Pengendali pusat makanan Koufu menghentikan perkhidmatan kad kredit pada aplikasinya sedang siasatan polis dijalankan terhadap urus niaga tidak sah, yang dikatakan para pelanggan, ada kaitan dengan aplikasi berkenaan.

Bulan lalu, syarikat itu mula menerima laporan urus niaga tidak sah bagi pembayaran menerusi aplikasi 'Koufu Eat'.

Beberapa mangsa memberitahu Mediacorp bahawa kad mereka digunakan tanpa pengetahuan mereka beberapa hari selepas mereka cuba untuk menambahnya ke aplikasi Koufu itu.

Orang ramai juga meninggalkan beberapa maklum balas di Google Play Store yang mengongsikan pengalaman serupa.

Awal bulan ini, pelanggan yang menggunakan aplikasi itu menerima pemberitahuan yang mengatakan bahawa pilihan pembayaran kad tidak disediakan disebabkan "kemas kini teknikal".

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Koufu mengesahkan bahawa perkhidmatan kad kredit dihentikan kerana siasatan polis masih dijalankan.

Buat masa ini, para pelanggan hanya boleh menggunakan aplikasi PayLah! untuk membuat pembayaran.

Koufu yang mengendalikan lebih 70 cawangan menyatakan bahawa mereka sudah berbincang dengan polis mengenai keselamatan aplikasi itu sejak ia menerima laporan mengenai insiden penipuan tersebut.

"Siasatan awal kami dengan Pasukan Polis Singapura (belum) mengesan sebarang pelanggaran keselamatan dan data.

"Pembayaran aplikasi kami dibina mengikut piawaian keselamatan dan mengikut garis panduan industri," menurut Koufu.

Siasatan polis masih sedang dijalankan.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita