Khidmat jagaan kesihatan siap siaga hadapi gelombang pengunjung ke SG
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Para penyedia khidmat jagaan kesihatan setempat sedang bersiap siaga bagi gelombang pengunjung yang ingin mendapatkan ujian pra keberangkatan pada bulan-bulan mendatang.
Ini sedang China melonggarkan sekatan-sekatan sempadannya dengan ramai warga China juga dijangka ke sini untuk sambutan Tahun Baru.
Salah sebuah klinik misalnya sudah menyaksikan permintaan melonjak sekitar 20 peratus bagi khidmat sedemikian.
Setiap minggu empat klinik Unihealth menjalankan 100 hingga 150 ujian PCR COVID-19.
Bulan lalu bagaimanapun jumlah mereka yang ingin mendapatkan ujian PCR sebelum keberangkatan pula naik dengan kebanyakannya merupakan warga China yang akan pulang ke tanah air mereka.
"Kami menyaksikan kenaikan kecil dalam permintaan ujian COVID-19, antara sekitar 15 peratus hingga 20 peratus sejak pertengahan November. Ya, kami akur kenaikan ini kerana para pengunjung akan ke China juga kerana China baru-baru ini merubah pendekatan sifar COVID-19 terhadap hidup bersama COVID-19. Jadi, ia menjadi lebih mudah untuk melakukan perjalanan ke China," kata Pengarah Perubatan dan Doktor Keluarga Unihealth Clinic Dr Xie Huizhuang.
Lantaran itu, Unihealth sedang bersedia untuk lonjakan permintaan pada Januari nanti dengan orang ramai dijangka melakukan perjalanan semasa sambutan Tahun Baru Cina.
Perkara serupa juga diramalkan Raffles Medical yang pada ketika ini menjalankan sekitar 150 hingga 200 ujian COVID-19 setiap hari di 40 kliniknya.
Bagi Healthway Medical pula, pihaknya menyatakan ia mempunyai tenaga manusia dan kapasiti secukupnya untuk menangani permintaan ujian PCR yang bertambah pada bulan-bulan mendatang.

Sumber : CNA/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.