Khidmat internet sesetengah pelanggan MyRepublic terjejas lebih 17 jam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pelanggan MyRepublic mengalami masalah pada khidmat jalur lebar sejak petang Isnin (30 Sep).
Dalam catatan Facebooknya pada Isnin (30 Sep), syarikat telko itu menyatakan bahawa ia sedia maklum mengenai isu tersebut yang menjejas sesetengah pelanggan di sekitar bahagian timur laut.
"Pasukan rangkaian kami sedang menyiasat isu tersebut," tambahnya.
Dalam kemas kini di laman webnya pada pukul 7.30 malam, syarikat itu menyatakan bahawa pembetulan sedang dijalankan untuk memulihkan ketersambungan khidmat bagi para pelanggan yang terjejas.
Bagaimanapun, pada pagi Selasa, beberapa pelanggan MyRepublic berkata masalah itu masih tidak dapat diselesaikan. Ada yang meluahkan kekecewaan mereka di laman Facebook MyRepublic.
“Khidmat masih terjejas!” kata seorang pengguna sekitar pukul 7.00 pagi.
“Adakah terdapat syarat dalam kontrak yang membolehkan pelanggan untuk membatalkan khidmat kerana syarat-syarat khidmat tidak dipenuhi?”
Seorang lagi pelanggan, yang masih mengalami masalah pada sekitar pukul 9.30 pagi, berkata dia mengalami masalah sejak pukul 3.00 petang sehari sebelum itu.
Sesetengah pelanggan juga mengadu bahawa ini bukan kali pertama mereka menghadapi masalah dengan rangkaian khidmat jalur lebar mereka.
“Mengapa MyRepublic sentiasa mengalami masalah internet (dua tahun ini)?” kata seorang pelanggan sekitar pukul 6.40 pagi.
"Menyesal menukar khidmat kepada MyRepublic baru-baru ini," kata pelanggan lain.
“Ketika saya melanggani StarHub saya mengalami masalah seperti ini mungkin hanya tiga kali dalam tempoh tiga hingga empat tahun. Dan saya sudah tiga kali mengalami isu ini.”
Mediacorp telah menanyakan MyRepublic tentang punca isu dan bila ia akan dihuraikan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.