Khidmat gunting rambut percuma, barangan dapur bagi 100 keluarga bergaji rendah di Hong Kah North

(Gambar: Amy Khor/Facebook)
SINGAPURA: 100 keluarga berpendapatan rendah dari Hong Kah North menerima potongan rambut percuma sempena musim perayaan dan tahun baru persekolahan tahun depan.
Seawal pagi Sabtu (24 Dis), para tukang gunting rambut secara sukarela menawarkan kepakaran mereka kepada para penerima bantuan.
Setiap keluarga turut menerima pek barang dapur yang disumbangkan kakitangan pihak kesatuan ST Engineering.
Mereka juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian.
Anggota Parlimen Hong Kah, Dr Amy Khor berkata masyarakat boleh memberikan sokongan kepada golongan susah menerusi pelbagai cara.
"Ini sebahagian daya usaha kami untuk mengukuhkan kompak sosial dan berdiri teguh sebagai satu rakyat bagi mengatasi sebarang cabaran yang dihadapi, terutama pada 2023 yang mungkin tahun yang mencabar.
"Kami mahu mengukuhkan keluarga-keluarga ini dan bantu memastikan mereka juga meraih manfaat daripada peluang-peluang yang ada dan maju bersama keseluruhan masyarakat," ujar Dr Khor.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.