Khidmat gentian jalur lebar sudah pulih sepenuhnya: Netlink Trust
Anggaran Waktu Membaca:
- NetLink Trust mengesahkan perkhidmatan jalur lebar gentian di Ang Mo Kio, Bishan, Sengkang dan Punggol telah dipulihkan sepenuhnya selepas gangguan akibat kerosakan kabel.
- Gangguan bermula pada 18 April dan lebih 4,000 pengguna terjejas, melibatkan penyedia seperti Singtel, StarHub, M1 dan MyRepublic.
- Kerosakan berlaku semasa kerja pembinaan pihak ketiga, dan NetLink Trust sedang menjalankan semakan serta siasatan lanjut.
- IMDA dan LTA turut terlibat, dengan LTA melaporkan kesan kepada sistem ETA bas, manakala tindakan penguatkuasaan akan diambil jika perlu.
SINGAPURA: Khidmat jalur lebar gentian di beberapa bahagian Ang Mo Kio, Bishan, Sengkang dan Punggol yang terganggu oleh insiden kerosakan kabel sudah dipulihkan sepenuhnya, menurut NetLink Trust pada Ahad (19 Apr).
Dalam satu kemas kini, pengendali rangkaian itu mengesahkan bahawa perkhidmatan yang terjejas oleh gangguan terdahulu sudah "dipulihkan sepenuhnya" pada pukul 7.00 pagi.
Gangguan itu, yang pertama kali dilaporkan pada Sabtu (18 Apr), disebabkan oleh kerosakan pada infrastruktur gentian semasa kerja-kerja binaan pihak ketiga, menurut NetLink Trust.
Ia menambah bahawa ia sedang menjalankan "semakan menyeluruh" terhadap insiden tersebut dan akan mengambil tindakan susulan sewajarnya selepas siasatan selesai dijalankan.
"Pasukan kami bekerja sepanjang malam untuk memulihkan perkhidmatan secepat dan seaman mungkin," menurut syarikat itu sambil memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Lebih 4,000 pengguna terjejas, menurut penemuan awal oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).
Gangguan itu menjejas khidmat jalur lebar merentasi pelbagai penyedia, termasuk Singtel, StarHub, M1 dan MyRepublic.
Pihak pengawal selia berkata ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Telekomunikasi jika terdapat sebarang kesilapan berkaitan gangguan tersebut.
Kerosakan gentian juga mempunyai kesan sampingan melangkaui khidmat jalur lebar rumah.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan insiden itu menjejas sistem Anggaran Masa Ketibaan (ETA) basnya, yang menyebabkan masa tidak tepat dipaparkan pada perhentian bas dan aplikasi pengangkutan. Operasi bas itu sendiri tidak terjejas.
NetLink Trust menyatakan pada Ahad bahawa pengguna akhir yang masih mengalami gangguan harus menghubungi penyedia perkhidmatan internet masing-masing untuk mendapatkan bantuan.
Mediacorp sudah pun menghubungi LTA dan syarikat-syarikat telko utama untuk mendapatkan maklumat terkini tentang khidmat mereka.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.