Skip to main content

Singapura

Khidmat feri baharu hubungkan Singapura dan terminal Gold Coast Batam

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat feri baharu hubungkan Singapura dan terminal Gold Coast Batam
Setiap hari, seramai 10,000 pekerja dan pelancong berulang alik antara Singapura dan Batam menggunakan feri.
New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 28 Nov 2025 11:47PM Dikemas Kini : 29 Nov 2025 12:06AM

SINGAPURA: Satu khidmat feri baharu antara Singapura dan pulau Batam, Indonesia mula beroperasi pada Jumaat (28 Nov). Ia laluan laut baharu pertama antara kedua-dua lokasi dalam tempoh beberapa tahun.

Perkhidmatan itu dilancarkan sebagai memenuhi permintaan meningkat daripada para pekerja dan pelancong yang berulang-alik antara kedua-dua destinasi.

Laluan itu, yang dikendalikan oleh Sindo Ferry dan Batamfast, membawa penumpang secara langsung dari Harbourfront ke Terminal Feri Antarabangsa Gold Coast di Bengkong, yang terletak di bahagian utara Batam.

Setiap pengendali akan menyediakan dua perjalanan ulang alik setiap hari.

Setiap hari, seramai 10,000 pekerja dan pelancong berulang alik antara Singapura dan Batam menggunakan feri.

Perjalanan itu mengambil masa kira-kira satu jam, menjadikan pulau Indonesia itu pilihan popular untuk percutian singkat.

LALUAN KEENAM KE BATAM

Dengan laluan baharu ke Bengkong, ini bermakna kini terdapat enam laluan yang menghubungkan kedua-dua pulau.

Kebanyakan laluan dari Singapura adalah dari Tanah Merah atau Harbourfront, dengan laluan ke Batam Centre menjadi yang paling popular.

Terminal feri lain di Batam adalah:

  • Sekupang di pantai barat laut
  • Harbour Bay berhampiran daerah Nagoya
  • Nongsapura di pantai timur laut
  • Waterfront (Teluk Senimba) di pantai barat

Menurut eksekutif jualan dan pemasaran Sindo Ferry, Christie Joy, kapal-kapal laju akan digunakan untuk laluan baru itu. Setiap kapal boleh membawa antara 200 hingga 300 penumpang.

Ini juga bermakna perjalanan untuk bercuti dari Singapura ke destinasi pelancongan tepi pantai dan daya tarikan di Bengkong akan menjadi lebih cepat, tanpa perjalanan kereta selama 25 minit yang biasanya diperlukan dari Batam Centre.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita