Khidmat dua pesawat Boeing 787-10 Dreamliner digantung kerana isu enjin: SIA
Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) menggantung perkhidmatan dua pesawat 787-10 Dreamliner selepas pemeriksaan rutin mendapati beberapa isu pada enjin-enjin Rolls-Royce Trent 1000 TEN itu, menurut kenyataan syarikat penerbangan itu pada Selasa (2 Apr).
SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) menggantung perkhidmatan dua pesawat 787-10 Dreamliner selepas pemeriksaan rutin mendapati beberapa isu pada enjin-enjin Rolls-Royce Trent 1000 TEN itu, menurut kenyataan syarikat penerbangan itu pada Selasa (2 Apr).
"Semasa pemeriksaan rutin enjin-enjin Rolls-Royce Trent 1000 TEN baru-baru ini ke atas kumpulan pesawat Boeing 787-10 Singapore Airlines, kerosakan awal dikesan pada bilah beberapa enjin," menurut SIA.
"Oleh kerana keselamatan adalah keutamaan kami, SIA Group mengadakan rundingan dengan Rolls-Royce secara proaktif dan mengenal pasti enjin-enjin Trent 1000 TEN lain dalam kumpulan pesawat 787 untuk melalui pemeriksaan sebagai langkah berjaga-jaga."
Syarikat penerbangan itu menambah: "Kesemua pemeriksaan enjin kumpulan pesawat 787-10 SIA sudah selesai dan pemeriksaan selebihnya ke atas sebuah pesawat 787-9 Scoot akan selesai selewat-lewatnya 3 Apr.
"Sementara menunggu enjin diganti, dua pesawat 787-10 SIA digantung dari perkhidmatan."
SIA menambah atas sebab itu, penerbangan melibatkan kumpulan pesawat 787-10 terjejas. Pihaknya akan menggunakan pesawat lain untuk khidmat penerbangan tersebut supaya gangguan terhadap jadual penumpang dapat dikurangkan.
"Namun, oleh kerana had menampung pesawat gantian mungkin lebih rendah, sebilangan penumpang mungkin terjejas dan akan dihubungi," menurut SIA.
"Kami kesal di atas kesulitan ini dan meminta maaf kepada para pelanggan di atas gangguan pada jadual perjalanan serta memohon kefahaman dari mereka."
SIA menyatakan ia sedang bekerjasama dengan Rolls-Royce dan pihak berkuasa yang relevan bagi langkah-langkah susulan serta langkah pencegahan yang mungkin diperlukan pada masa depan.
SIA menerima pesanan pertama daripada 49 pesawat Boeing 787-10 pada Mac 2018. Pesawat itu mula berkhidmat secara komersil pada April 2018. SIA turut menyatakan ia melaburkan S$458 juta untuk memperkenalkan produk kabin baru bagi 20 pesanan pesawat pertama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.