Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat digital bank DBS alami gangguan dek "jumlah tinggi trafik log masuk"

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pelanggan bank DBS mengalami masalah untuk mengakses khidmat perbankan online menerusi alat mudah alih mereka hari ini (5 Mei).

Ini disebabkan "jumlah tinggi pengguna yang mengakses" perkhidmatan tersebut, menurut bank itu.

DBS menyatakan demikian sebagai menjawab komen di akaun Facebook bank tersebut, di mana para pelanggan memuat naik keluhan mereka kerana tidak dapat mengakses khidmat-khidmat perbankan mudah alih, termasuk aplikasi PayLah! dan iBanking.

Beberapa pelanggan juga melaporkan bahawa mereka tidak boleh mengeluarkan wang daripada mesin juruwang automatik (ATM) atau menggunakan khidmat Paywave pada kad DBS mereka.

Aduan mengenai gangguan di laman DBS meningkat pada pukul 12.00 tengah hari pada Jumaat (5 Mei), di laman Downdetector, yang mengenal pasti gangguan.

Sebagai respons kepada salah satu komen di media sosial, DBS memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pelanggan dan menyatakan bahawa pihaknya sedang mengalami gangguan.

"Kami memohon kesabaran anda untuk mencuba lagi sebentar nanti disebabkan jumlah tinggi pelanggan yang mengakses (perkhidmatan)," tambahnya.

Pelanggan lain menyatakan bahawa mereka tidak dapat membayar pesanan online mereka di platform beli-belah mudah alih Shopee dengan kad kredit DBS mereka.

Gangguan terbaru ini berlaku kira-kira sebulan selepas platform online bank DBS mengalami gangguan selama sehari.

Kejadian pada 29 Mac itu mendorong Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengeluarkan kenyataan menyatakan gangguan itu "tidak boleh diterima" dan bahawa bank itu gagal mencapai jangkaan pengawal selia.

"MAS akan mengambil tindakan penyeliaan yang setimpal terhadap DBS selepas mengumpul maklumat yang diperlukan," menurut MAS pada waktu itu.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan