Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat bas ulang alik baru antara Pusat Pemeriksaan Woodlands & Kompleks CIQ JB mulai 1 Apr

Mulai Jumaat (1 April), satu khidmat bas ulang alik baru akan mula beroperasi bagi penumpang yang ingin melakukan perjalanan antara Pusat Pemeriksaan Woodlands di Singapura dengan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru di Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mulai Jumaat (1 April), satu khidmat bas ulang alik baru akan mula beroperasi bagi penumpang yang ingin melakukan perjalanan antara Pusat Pemeriksaan Woodlands di Singapura dengan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru di Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Khidmat bas ulang alik itu akan beroperasi setiap hari pada jarak masa 15 minit antara kedua-dua pusat pemeriksaan, bergantung pada keadaan lalu lintas dan pelepasan kastam, menurut khidmat pengangkutan Causeway Link dalam satu catatan Facebook pada Khamis (31 Mac).

Tambang bas adalah S$2 bagi penumpang dari Singapura dan RM2 (S$0.64) bagi mereka yang menaiki bas itu dari Malaysia.

"Khidmat bas ini hanya menerima bayaran tunai, sila sediakan jumlah tambang yang tepat," menurut Causeway Link.

Khidmat bas yang pertama akan berlepas pada pukul 6.00 pagi dari BSI dan 6.30 pagi dari Pusat Pemeriksaan Woodlands. Khidmat bas yang terakhir pula akan berlepas dari BSI pada pukul 10.00 malam dan pada pukul 10.30 malam dari Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Singapura dan Malaysia melonggarkan sekatan sempadan mulai 1 April, membolehkan penduduk lengkap divaksin dari kedua-dua negara untuk merentas sempadan darat dengan menaiki pengangkutan privet.

Mereka yang melakukan perjalanan merentas Koswe boleh memilih untuk menggunakan khidmat bas perjalanan khusus VTL sementara Singapura dan Malaysia berusaha untuk memulihkan khidmat bas awam rentas sempadan.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Singapura menyatakan pada minggu lalu bahawa pelawat "boleh menjangkakan beberapa kelengahan lalu lintas" kerana mungkin berlaku lonjakan dalam jumlah individu yang ingin merentas negara menerusi sempadan darat.

Ketua Menteri Johor Onn Hafiz Ghafiz juga berkata pada Rabu beliau menjangkakan "keadaan trafik akan bertambah buruk terutama sekali pada tengah hari pada 1 April".

Dalam satu kenyataan media pada Khamis, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan menyatakan jumlah laluan automasi di dewan bas ditambah bagi mempertingkatkan keupayaan pelepasan di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan