Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat bas, teksi rentas sempadan S'pura-JB disambung semula mulai 1 Mei

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat bas, teksi rentas sempadan S'pura-JB disambung semula mulai 1 Mei

Gambar: AFP

Diterbitkan : 22 Apr 2022 10:56PM Dikemas Kini : 22 Apr 2022 10:56PM

SINGAPURA: Khidmat bas dan teksi rentas sempadan antara Singapura dan Malaysia akan disambung semula mulai 1 Mei selepas dua tahun digantung akibat pandemik COVID-19. 

Ini menyusuli pembukaan semula sempadan darat Singapura- Malaysia untuk pelawat lengkap divaksin awal bulan ini. 

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pada Jumaat (22 Apr) bahawa Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), bersama  pengendali pengangkutan awam, akan menyambung semula operasi khidmat bas. 

Khidmat bas antara Singapura dengan Johor Bahru yang akan disambung semula adalah Khidmat 160, 170 dan 170X yang dikendalikan  SBS Transit, Khidmat 950 yang dikendalikan  SMRT Buses serta Khidmat TS1, TS3, TS6 dan TS8 oleh Transtar Travel. 

"Sejak permulaan April 2022, pengendali bas sudah pun mengambil pekerja baru, menugaskan semula dan melatih pemandu mereka serta membiasakan mereka dengan laluan bas setelah dua tahun digantung. Khidmat bas ini tidak beroperasi sejak Mac 2020," menurut LTA dalam satu kenyataan media berasingan. 

Waktu operasi bagi Khidmat 160, 170, 170X dan 950 serupa dengan waktu sebelum COVID-19 bermula 5.20 pagi hingga 12.30 tengah malam, menurut LTA. 

Kekerapan khidmat bas juga tidak berubah. 

Kekerapan pada waktu sibuk bagi khidmat 160, 170 dan 950 adalah sehingga 20 minit manakala bagi waktu tidak sibuk, sehingga 25 minit. 

Kekerapan waktu sibuk bagi khidmat 170X pula adalah sehingga sembilan minit, dan sehingga 17 minit pada waktu tidak sibuk. 

Penumpang juga boleh mendapatkan maklumat waktu operasi dan masa ketibaan bas menerusi aplikasi MyTransport.SG LTA atau laman web pengendali, tambah LTA. 

Dengan khidmat bas tersebut disambung semula, Khidmat Bas untuk Perjalanan bagi Pelawat yang Lengkap Divaksin yang dikendalikan Transtar Travel dan Handal Indah dihentikan operasinya pada hari yang sama. 

Khidmat teksi juga akan mula disambung semula mulai 1 Mei. 

Penumpang yang hendak ke Johor boleh mengambil teksi di terminal teksi di Queen Street atau buat tempahan melalui syarikat teksi yang mempunyai pemandu teksi rentas sempadan yang berlesen. 

"LTA juga sedang bekerjasama rapat dengan rakan sejawatannya di Malaysia, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menyambung semula khidmat teksi rentas sempadan," menurut LTA. 

"Semua pelawat diingatkan supaya mematuhi syarat-syarat perjalanan di Singapura dan Malaysia untuk memastikan pelepasan imigresen yang lancar." 

Sumber : CNA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa