Khidmat bas rentas sempadan ke Malaysia dikurangkan selepas Aidilfitri
Pengendali perkhidmatan bas rentas sempadan menyatakan, mereka akan mula mengurangkan perjalanan ulang-alik ke Malaysia selepas Hari Raya Aidilfitri ini.
Ini termasuk mengoptimumkan laluan perjalanan dan mengurangkan jumlah waktu bertolak tanpa menaikkan harga tiket.
Ini ekoran harga minyak yang melonjak akibat perang di Timur Tengah.
Menurut salah sebuah syarikat pengendali khidmat bas di sini, kos minyak diesel sudah meningkat sekitar 30 peratus sejak konflik di Timur Tengah bermula.
Para pemandu bas pula melaporkan sebilangan stesen minyak di Malaysia mula mengehadkan jumlah pembelian minyak diesel kepada hanya 20 liter, berbanding 150 liter sebelum ini.
Untuk mengatasi masalah ini, pihak syarikat akan mengurangkan jumlah perhentian bas daripada 6 kepada 4.
Ia juga sedang berbincang dengan syarikat pesaing agar memaksimumkan kapasiti.
Ada syarikat bas melaporkan pendapatan mereka merosot sekurang-kurangnya 20 peratus sejak serangan ke atas Iran bermula.
Malah, pelancong dari Timur Tengah atau yang melalui rantau itu tidak lagi datang kerana penutupan ruang udara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.