Khidmat bas mula dipindahkan ke pusat pertukaran bas Yio Chu Kang yang diperluas
Bahagian tambahan baru Pusat pertukaran bas Yio Chu Kang yang diperluaskan sudah dibuka, dengan beberapa khidmat bas dipindahkan secara bertahap-tahap ke kawasan baru tersebut, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media pada Rabu (16 Okt).
SINGAPURA: Bahagian tambahan baru Pusat pertukaran bas Yio Chu Kang yang diperluaskan sudah dibuka, dengan beberapa khidmat bas dipindahkan secara bertahap-tahap ke kawasan baru tersebut, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media pada Rabu (16 Okt).
Tempat mengambil penumpang bagi khidmat bas 13, 70/70M, 72B dan 860 dipindahkan mulai 13 Okt, manakala khidmat bas 71, 72, 76, 162, 162M dan 825 akan dipindahkan mulai 17 Nov.
Pusat Pertukaran Bas Yio Chu Kang sudah menjalani kerja perluasan sejak Disember 2017.
Perluasan itu dijalankan dalam dua fasa - pembinaan bahagian tambahan baru dan naik taraf premis pusat pertukaran sedia ada.
Kawasan baru yang diluaskan itu akan dibuka sepenuhnya mulai 29 Dis, dengan kemudahan-kemudahan seperti kantin dan e-lobi.
Terdapat juga kawasan-kawasan bebas hadangan, zon keutamaan beratur dengan tempat duduk, bilik menyusu dan tandas-tandas bebas hadangan serta 150 tempat letak basikal.
Penambahan itu menerima anugerah BCA bagi kemampanan alam sekitar, bagi ciri-ciri seperti bumbung hijau untuk memastikan pusat pertukaran itu dingin, lekapan-lekapan lebih cekap air dan sistem pendingin udara lebih cekap tenaga.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.