Khidmat bas mengikut permintaan dilancarkan
Khidmat yang dilancarkan Ahad (8 Jul) itu memberi para penduduk di Cheng San Seletar kini mempunyai satu lagi pilihan baru untuk bergerak di sekitar kejiranan perumahan privet itu.
SINGAPURA: Para penduduk di Cheng San Seletar kini mempunyai satu lagi pilihan baruuntuk bergerak di sekitar kejiranan perumahan privet itu.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang juga Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, merasmikan pelancaran khidmat bas mengikut permintaan pada Ahad (8 Jul).
Khidmat bas, 'GrabShuttle Plus' mengambil penumpang langsung dari rumah mereka.
Bas itu akan berhenti di lapan tempat di dalam kejiranan itu seperti Stesen MRT Ang Mo Kio dan Seletar Mall.
Sebagai permulaan, dua van mini dengan 13 tempat duduk akan menyediakan khidmat dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang setiap hari.
Tambangnya ialah S$4.50 bagi penumpang pertama dan S$1.00 bagi penumpang selanjutnya dalam satu tempahan yang dibuat melalui aplikasi itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.