Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Khazanah Agung: Ikon Warisan Singapura' pupuk minat terhadap monumen negara

Sebuah buku yang menampilkan lebih 70 monumen negara dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob hari ini (19 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jul 2018 06:59PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 09:26PM

SINGAPURA: Sebuah buku yang menampilkan lebih 70 monumen negara dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob hari ini (19 Jul).

Buku itu bertujuan mengukuhkan kajian dan dokumentasi terhadap tapak-tapak dan struktur yang bersejarah. Ia juga bagi meningkatkan kesederaan dan penghargaan yang lebih luas dalam kalangan orang ramai terhadap monumen negara.

Diberi nama 'Khazanah Agung: Ikon Warisan Singapura', buku itu mengandungi koleksi kisah dan gambar monumen termasuk institusi sivik, tempat ibadat, sekolah, muzium dan bangunan komersil.

Ada di antara bangunan itu juga berusia lebih 150 tahun dan mempunyai kepentingan dari sudut sejarah, seni bina, sosial dan negara.

"Monumen kita sangat penting bagi kita kerana ia adalah khazanah sejarah. Ia menceritakan sejarah kita dan menghubungkan kita dengan masa ini dan juga masa depan kita. Jadi ia bukan sekadar satu imbasan, ia juga bagi masa depan," kata Puan Halimah.

Bangunan Istana sendiri adalah satu monumen negara yang akan meraikan ulang tahun ke-150 pada tahun depan.

Buku itu diterbitkan akhbar Straits Times dan disokong Lembaga Warisan Negara (NHB). 

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan