Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khaw Boon Wan sembuh dari demam denggi, dibenar pulang ke rumah

Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan dibenarkan pulang dari hospital setelah sembuh daripada demam denggi, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Sabtu (25 Jul). 

Anggaran Waktu Membaca:
Khaw Boon Wan sembuh dari demam denggi, dibenar pulang ke rumah

Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan. (Gambar: Jason Quah/TODAY)

Diterbitkan : 25 Jul 2020 07:08PM Dikemas Kini : 25 Jul 2020 07:09PM

SINGAPURA: Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan dibenarkan pulang dari hospital setelah sembuh daripada demam denggi, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Sabtu (25 Jul).

Dalam satu catatan Facebook pada Khamis, Encik Khaw berkata suhu badannya "melonjak naik" menjelang satu majlis pemeteraian untuk memuktamadkan projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS) antara Singapura dengan Malaysia.

Pejabat beliau mengesahkan pada Khamis sebelah malam bahawa menteri itu mengalami demam denggi tetapi diuji negatif COVID-19.

Satu pengumuman dibuat awal bulan ini, bahawa Encik Khaw akan bersara daripada politik setelah berkhidmat selama 19 tahun.

Bercakap di satu sidang media untuk mengumumkan Kabinet baru Singapura, Encik Lee berkata: "Khaw Boon Wan sudah menjadi sebahagian daripada Kabinet saya sejak hari pertama dan saya amat berterima kasih atas sumbangan serta persahabatannya.

"Saya gembira beliau akan terus meluangkan masa untuk menasihati menteri-menteri muda mengenai isu-isu yang tidak asing dengannya selain berkongsi pengalaman serta kebijaksanaannya."

"Beliau sembuh dengan baik dan sudahpun dibenarkan pulang pagi tadi. Saya mendoakan agar kesihatannya baik dan persaraan yang aman serta aktif," tambah Encik Lee.

Menurut pejabat Encik Khaw, menteri itu kini tinggal di kawasan Yio Chu Kang.

Laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menunjukkan beberapa kelompok denggi di kawasan Yio Chu Kang. Terdapat lebih 400 kelompok denggi di merata negara.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan