Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khaw Boon Wan: Penting bagi Selat Melaka, S'pura kekal selamat, terbuka dan bersih

Selat Melaka dan Singapura perlu kekal selamat, terbuka dan bersih kerana ia merupakan salah satu laluan perkapalan paling penting di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2018 07:17PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 09:25PM

SINGAPURA: Selat Melaka dan Singapura perlu kekal selamat, terbuka dan bersih kerana ia merupakan salah satu laluan perkapalan paling penting di dunia.

Demikian ditekankan Menteri Penyelaras bagi Prasarana merangkap Pengangkutan Khaw Boon Wan hari ini (24 Sep) di satu forum yang membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan selat tersebut.

Setiap tahun, lebih 80,000 kapal melalui Selat Melaka dan Singapura, membawa sekitar 30 peratus daripada barang-barang dagangan dunia serta lebih 16 peratus bekalan minyak di dunia.

Bercakap di Forum Kerjasama ke-11, Encik Khaw berkata tiga negara pesisir - Indonesia, Malaysia dan Singapura serta negara-negara yang menggunakan selat itu serta pihak-pihak berkepentingan lain perlu mengikuti perkembangan teknologi untuk menjadikan pelayaran kapal-kapal lebih selamat serta mengurangkan kemalangan akibat kesilapan pada pengemudian.

Encik Khaw menambah, pendigitalan bakal memainkan peranan lebih penting pada masa akan datang.

Semua pihak berkepentingan, katanya, perlu memastikan sistem-sistem mereka boleh diselaraskan agar manfaat pendigitalan dan pengemudian elektronik dapat diraih sepenuhnya. 

Sumber : CNA/NT/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan