Khalid Anuar dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Bersekutu di Hospital Tan Tock Seng
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Encik Khalid Anuar menggantikan Cik Doreen Yeo sebagai Pengarah Kesihatan Bersekutu di Hospital Tan Tock Seng mulai 1 Januari 2026, menurut satu catatan di laman Facebook Hospital Tan Tock Seng pada Rabu (7 Jan).
Menurut catatan tersebut, Encik Khalid mempunyai pengalaman sepanjang tempoh lebih dua dekad berkhidmat di TTSH.
"Encik Khalid mempunyai pengalaman kepimpinan klinikal, sistem dan inovasi yang luas merentasi fisioterapi, Pusat Rekaan Jagaan Kaki dan Anggota Badan, Pusat Kecemerlangan Kesihatan Bersekutu & Farmasi, serta Kumpulan Kesihatan Bersekutu di Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHG) selama 20 tahun berkhidmat."
"Kerjanya dalam memajukan amalan berasaskan bukti, transformasi tenaga kerja, penyelidikan dan inovasi meletakkan asas yang kukuh untuk kecemerlangan klinikal dan perkhidmatan yang berterusan pada masa hadapan," menurut catatan tersebut.
Encik Khalid menggantikan Cik Doreen Yeo, yang secara rasmi mengambil alih peranan sebagai Ketua Pegawai Kesihatan Bersekutu di Kementerian Kesihatan (MOH) pada 1 Januari 2026, selepas memegang jawatan itu selama lapan tahun lalu.

Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.