Khalid Abdul Rashid antara 299 belia terima Anugerah Emas NYAA '24
Seramai 299 belia cemerlang diiktiraf dengan Anugerah Pencapaian Belia Nasional (NYAA) bagi kategori Emas pada Jumaat (12 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 299 belia cemerlang diiktiraf dengan Anugerah Pencapaian Belia Nasional (NYAA) bagi kategori Emas pada Jumaat (12 Jan).
Edisi ke-21 anugerah tersebut mengiktiraf pencapaian dan sumbangan mereka dalam bidang-bidang termasuk pembelajaran perkhidmatan dan kepimpinan masyarakat.
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata pengalaman sebegitu membolehkan para belia untuk membangunkan sifat empati, luaskan rangkaian dan menerapkan nilai-nilai sedemikian dalam tindakan mereka.
Bagi anugerah tertinggi NYAA tahun ini, para penerima diiktiraf atas sumbangan mereka bagi projek khidmat masyarakat seperti mengajar pelajar yang kurang berkemampuan, membantu para pekerja hijrahan dan membantu warga emas berkeperluan khas.
Kesemua anugerah disampaikan oleh tetamu terhormat, Presiden Tharman Shanmugaratnam semasa majlis yang diadakan di Kolej Timur ITE.
Meskipun majlis tersebut menandakan tamatnya program itu, DPM Heng berharap sumbangan mereka kepada masyarakat diharap akan terus berkekalan.
"Dunia telah menjadi lebih tidak menentu. Kita menghadapi cabaran besar seperti perubahan iklim dan penuaan penduduk tetapi apabila kita mengupas isu ini dan membawanya ke peringkat masyarakat, akan sentiasa ada sesuatu yang bermakna yang boleh kita lakukan.
"Dengan pengalaman NYAA anda, saya berharap anda akan mengekalkan semangat perkhidmatan dan sumbangan ini dan terus memberi inspirasi dan mengumpulkan orang lain untuk melakukan kebaikan," kata DPM Heng.
BIMBING PARA BELIA MELALUI NPCC
Antara penerima NYAA bagi kategori Emas tahun ini ialah Khalid Abdul Rashid, 23 tahun.
Beliau tertarik untuk menyertai program tersebut sejak di sekolah menengah lagi kerana peluang untuk membina ciri-ciri positif dalam diri sendiri, dan juga belia yang lain.
Semasa menuntut di Maktab Rendah Katolik, Khalid cuba mengimbangi masa antara pelajaran dan melakukan kerja-kerja sukarelawan.
Menerusi penglibatannya dalam Pasukan Kadet Polis Kebangsaan (NPCC), beliau kembali menyumbang tenaga kepada sekolah menengahnya sendiri iaitu Sekolah Menengah Queensway untuk membimbing para belia dengan nilai-nilai kerjasama dan kepimpinan.
"Saya ingin menggunakan NYAA untuk menjadi inspirasi untuk murid-murid saya supaya mereka akan juga bersukarelawan dan ingin menaikkan taraf mereka, menaikkan akhlak dan ilmu mereka supaya mereka juga akan jadi ketua kepada murid-murid lain atau sekolah, atau di masyarakat ataupun di negara," kongsi Khalid kepada wartawan, Syawal Yusoff.
IBU SEBAGAI INSPIRASI UNTUK BERBAKTI PADA MASYARAKAT
Satu-satunya insan yang menjadi pembakar semangat buat dirinya, ialah ibunya.
Sifat empati dan prihatin terhadap yang lebih memerlukan antara nilai-nilai murni yang dipupuk sejak kecil lagi.
"Ibu saya memang inspirasi saya semenjak kecil. Kehidupannya bila dia masih kecil tidak senang. Menjaga adik-beradiknya dan melalui kesusahan. Jadi saya mengambil kehidupannya dan kata-katanya sebagai inspirasi.
Ibu saya seorang saya penjaja. Ada kadang kalanya kalau dia boleh membantu, dia akan memberi penduduk di kawasan Radin Mas makanan. Ataupun suka untuk tolong jiran," tambah Khalid.
Khalid sedang melanjutkan pengajiannya di Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS).
Beliau berharap untuk terus berbakti kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada golongan memerlukan di kawasan GRC West Coast.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.