KG Catering didenda S$6,000 atas masalah kebersihan; 92 kes keracunan makanan dilaporkan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi Makanan Singapura
SINGAPURA: Syarikat KG Catering didenda S$6,000 atas pelbagai kesalahan kebersihan selepas lebih daripada 90 orang jatuh sakit akibat cirit-birit berjangkit selepas memakan makanan yang disediakan syarikat itu.
Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Kementerian Kesihatan (MOH) menerima aduan berhubung tiga kejadian berasingan melibatkan lebih 90 orang antara 20 September tahun lalu hingga 11 Mac tahun ini.
Menurut SFA, tiada seorang daripada mereka yang dimasukkan ke hospital.
Semasa melakukan pemeriksaan di premis KG Catering, para pegawai SFA dan MOH menemui beberapa kelemahan dalam keselamatan makanan.
Ini termasuk pembiakan lipas dan tikus, penyimpanan makanan secara tidak sempurna dan premis yang tidak diuruskan dengan betul.
Demi kepentingan kesihatan awam, operasi perniagaan makanan KG Catering digantung sejak 9 November tahun lalu hingga 1 Februari ini.
Pemegang lesen syarikat itu diarahkan supaya memperbaiki kelemahan dan mengambil langkah untuk meningkatkan amalan keselamatan makanan dan kebersihan premis tersebut.
Menurut SFA, penggantungan lesen itu akan ditarik balik setelah mereka memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti.
Sementara itu, lipas hidup kelihatan di premis berkenaan.
Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama memandangkan makanan boleh dicemar di mana-mana saja dalam rantaian makanan, menurut SFA.
"Sedang SFA terus bersikap berwaspada dan berusaha untuk memastikan peraturan kawal selia dilaksanakan dan dikuatkuasakan dengan betul, industri dan pengguna juga mesti memainkan peranan masing-masing," nyata agensi tersebut.
Pertubuhan makanan harus memastikan premis mereka bersih dan dijaga dengan rapi, serta mematuhi amalan kebersihan yang wajar serta peraturan keselamatan makanan, tambahnya.
SFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Sekitaran.
Mereka yang bersalah boleh didenda sehingga S$2,000 dan sekiranya terus melakukan kesalahan, boleh didenda lagi sehingga S$100 sehari selagi kesalahan itu dilakukan selepas dihukum.

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.