Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

KFC Far East Plaza didenda; gagal pastikan pelanggan duduk dalam kumpulan 2 orang

Anggaran Waktu Membaca:
KFC Far East Plaza didenda; gagal pastikan pelanggan duduk dalam kumpulan 2 orang

Tangkap Layar: Google Street Map

SINGAPURA: Pengurusan Kentucky Fried Chicken (KFC) hari ini (4 Mac) didenda S$3,000 oleh mahkamah daerah kerana gagal memastikan para pelanggannya duduk dalam kumpulan dua orang di cawangan Far East Plaza.

Seorang wakil mengaku bersalah bagi pihak rantaian restoran makanan segara tersebut atas satu tuduhan melanggar peraturan kawalan COVID-19. Tuduhan kedua turut diambil kira.

Mahkamah mendapati bahawa cawangan di Far East Plaza terbuka kepada pelanggan pada malam 10 Julai 2021.

Pegawai penguat kuasa Lembaga Pelancongan Singapura (STB) yang bertugas di luar restoran itu melihat ke dalam dan mendapati ada empat pelanggan sedang makan sekumpulan, melebihi bilangan dua pelanggan yang dibenarkan pada masa itu.

Siasatan lanjut mendedahkan bahawa empat pelanggan berkenaan masuk ke dalam restoran itu sekitar jam 9.45 malam dan duduk di dua meja yang bertentangan. Mereka berinteraksi antara satu sama lain semasa makan, kata pendakwa raya.

Kakitangan KFC tidak memberikan tumpuan kepada mereka atau menyedari bahawa kumpulan itu sedang berinteraksi sekumpulan, tambah beliau.

Mahkamah diberitahu restoran itu gagal untuk melaksanakan semua langkah-langkah wajar diambil bagi memastikan setiap pelanggan ditempatkan dalam kumpulan dua orang pada setiap masa.

Pendakwa raya mengusulkan denda S$3,000. Beliau berkata bahawa Pengurusan KFC sudah menerima tiga denda sebelum ini kerana melanggar peraturan kawalan COVID-19.

Semasa mengemukakan rayuan, wakil syarikat itu berkata KFC sudah memastikan bahawa prosedur dipertingkatkan dan meminta mahkamah mempertimbangkan denda yang lebih ringan.

Semasa memuktamadkan denda yang diminta oleh pendakwa raya, hakim berkata bahawa denda maksimum bagi kesalahan sedemikian adalah S$10,000 dan jumlah pelanggan yang terlibat "agar besar".

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan