KFC didakwa di mahkamah, benarkan pelanggan masuk tanpa periksa simptom COVID-19

Tangkapan skrin cawangan KFC di Far East Plaza menerusi Google Street View.
SINGAPURA: Pengurusan Kentucky Fried Chicken (KFC) didakwa di mahkamah pada Rabu (12 Jan) kerana melanggar dua peraturan COVID-19.
Syarikat tersebut dituduh membenarkan empat pelanggan memasuki cawangannya di Far East Plaza kira-kira 9.45 malam pada 10 Julai tahun lepas tanpa periksa dahulu sama ada terdapat kes COVID-19 bergejala dalam kalangan mereka.
Cawangan tersebut sepatutnya menguatkuasakan prosedu dan langkah kawalan untuk memastikan pelanggannya diperiksa bagi sebarang gejala COVID-19, menurut kertas dakwaan.
Cawangan yang sama juga dituduh gagal mengambil langkah-langkah munasabah untuk memastikan kumpulan empat pelanggan berkenaan bergaul hanya dalam kumpulan tidak lebih dua orang.
Empat pelanggan terlibat ialah: Muhammad Ariffin Sahdan, Shehzel Selamat, Nyla Muhammad Kamal dan Muhammad Hidayat Rahmad.
Seorang wakil KFC, pengarah operasi Jonathan Liew Tiong Soo, tampil mendengar dakwaan bagi pihak syarikat berkenaan. Beliau meminta kes ditunda selama seminggu untuk meminta nasihat guaman.
Kes ditangguhkan ke 21 Januari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.