Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

KFC buat aduan polis selepas pelanggan meludah pekerja cawangan NEX

Rangkaian makanan segera KFC membuat aduan polis setelah seorang pelanggan dirakam meludah ke arah salah seorang kakitangannya di cawangan NEX, menurut syarikat itu pada Khamis (23 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Rangkaian makanan segera KFC membuat aduan polis setelah seorang pelanggan dirakam meludah ke arah salah seorang kakitangannya di cawangan NEX, menurut syarikat itu pada Khamis (23 Apr).

"Semalam, berlaku kejadian antara seorang pelanggan dengan seorang kakitangan KFC Singapore (pengurus) di cawangan KFC di NEX," menurut KFC Singapore dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp.

"Menyusuli kejadian itu, kami membuat aduan polis dan akan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut."

Kakitangan berkenaan kini "tidak bertugas dan sedang berehat," menurut KFC.

Ia menambah cawangan itu dibersihkan secara menyeluruh dengan segera selepas kejadian tersebut.

"Di KFC, kami memandang serius terhadap keselamatan para kakitangan dan pelanggan kami," tambah kenyataan tersebut. "Kami ingin mengingatkan semua pelanggan supaya mengekalkan jarak selamat dan memakai pelitup seperti diarahkan oleh pihak berkuasa."

Dalam rakaman video yang tular online, seorang pelanggan wanita dirakam memaki hamun seorang kakitangan KFC.

Dia kemudian meludah ke arah kakitangan itu sebelum meninggalkan cawangan tersebut.

Polis mengesahkan satu aduan sudah dibuat.

"Siasatan polis terhadap kes gangguan awam sedang dijalankan," menurut kenyataan itu lagi.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan