KF Seetoh perjelas harga makanan mahal di pusat penjaja Urban Hawker, New York
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram)
SINGAPURA: Meski berperah keringat, para penjaja di Singapura tetap menyediakan hidangan-hidangan tempatan kegemaran ramai pada harga yang berpatutan.
Maka tidak hairanlah, apabila makanan yang sama dijual pada harga yang jauh lebih mahal di Pusat Penjaja Urban Hawker yang dikendalikan KF Seetoh di New York, rakyat Singapura berasa amat terkejut.
Blogger makanan itu baru-baru ini memberikan respons kepada para pengkritik dan menjelaskan kepada mereka bahawa para penjaja di New York itu mengambil risiko untuk berniaga di negara lain dan harga tersebut merupakan harga pasaran bagi makanan di Manhattan.
<<BACA: Pusat penjaja S'pura yang pertama berdekatan Times Square, New York dibuka 28 Sep>>

Beliau kemudian menggesa supaya menumpukan perhatian kepada harga murah makanan di pusat penjaja Singapura sahaja dan bukan di Manhattan.
Dalam catatan di Facebooknya pada Isnin (17 Okt), KF Seetoh cuba menjelaskan dan mewajarkan penetapan harga pada makanan yang dijual di Urban Hawker di New York.
Beliau berkata perhatian tidak sepatutnya terletak pada hidangan seperti Nasi Lemak, Nasi Ayam atau Mee Hokkien yang berharga S$22 (AS$16) di New York.
Sebaliknya, orang ramai perlu sedar bahawa makanan serupa hanya berharga S$4 di Singapura, yang merupakan antara bandar termahal di dunia.

Di dalam negara di mana flat HDB bernilai sejuta dolar sering berpindah tangan dan harga memiliki kereta adalah harga premium, KF Seetoh berkata perniagaan penjaja makanan di Singapura tidak mampan.
Untuk membuka sebuah gerai Nasi Ambeng di New York menelan belanja lebih S$213,000.

Memberi respons beliau kepada mereka yang membandingkan harga makanan tersebut, KF Seetoh menjelaskan bahawa penjaja di Urban Hawker sudah mengambil pelbagai risiko.
Beliau berkata "Penjaja Urban Hawkers berada di negara lain, terokai pasaran serta undang-undang, lesen dan budaya baru, yang jauhnya separuh bumi, membawa makanan kita serta mencari peluang yang lebih cerah untuk mengendalikan perniagaan."
Beliau menambah, para penjaja di New York itu mengeluarkan wang yang banyak untuk mengorak langkah berniaga di luar negara.
Meski dengan geran-geran pemerintah, kos sewa dan yuran penyenggaraan keseluruhannya mencecah sehingga S$19,198 sebulan.

Sumber : Sumber Web/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.