Keyakinan sektor niaga SG merosot, sikap lebih berhati-hati terhadap ramalan 2026
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Keyakinan sektor niaga Singapura semakin merosot sedang mereka mengambil sikap berhati-hati terhadap ramalan bagi tahun depan.
Menurut satu tinjauan perniagaan di peringkat nasional, sebanyak 37 peratus responden menjangkakan keadaan lebih buruk pada 2026, berbanding sekitar 15 peratus yang menyatakan keadaan akan bertambah baik.
Ini walaupun kebimbangan mengenai tarif Amerika Syarikat semakin reda, iaitu daripada hampir 80 peratus pada April kepada sekitar 60 peratus pada Oktober.
Antara kebimbangan utama adalah kos tenaga kerja dan sewa.
Dari sudut keuntungan, hanya 4 peratus melaporkan peningkatan sepanjang tahun lalu, sedang 35 peratus mengalami penurunan.
Berbanding firma-firma besar, SME mempunyai pandangan lebih negatif - dengan 22 peratus menyatakan mereka kurang berpuas hati dengan iklim perniagaan sedia ada.
Ini berbanding kadar 15 peratus bagi syarikat besar.

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.