Skip to main content

Singapura

Kewibawaan MRT Utara-Selatan, Timur-Barat kini setanding sistem Hong Kong, Taipei

Sedang dua laluan kereta api paling tua di Singapura - Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) - diramal menjalani kerja-kerja pembaharuan sehingga tahun 2023, manfaat-manfaatnya sudah pun dapat dinikmati kerana keutuhan khidmat NSL lebih memuaskan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Jul 2019 08:46PM Dikemas Kini : 05 Jul 2019 09:50PM

SINGAPURA: Sedang dua laluan kereta api paling tua di Singapura - Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) - diramal menjalani kerja-kerja pembaharuan sehingga tahun 2023, manfaat-manfaatnya sudah pun dapat dinikmati kerana keutuhan khidmat NSL lebih memuaskan.

Terdapat peningkatan dalam aspek Purata Kilometer Antara Kegagalan (MKBF) - satu piawai bagi prestasi keutuhan khidmat kereta api - menurut Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan pada Jumaat (5 Jul).

Bagi Laluan Utara-Selatan (NSL), ia sudah meraih keputusan lebih baik.

"Perjalanan purata antara kegagalan khidmat (MKBF) NSL sudah melepasi sasaran 1 juta kilometer... kini 1.4 juta kilometer, sekali gus menjadikannya sebaik metro-metro terbaik seperti Metro Taipei dan MTR Hong Kong," menurut Encik Khaw semasa satu lawatan ke stesen MRT Kranji untuk memeriksa sistem kuasa projek yang diperbaharui.

Beliau menekankan sehingga tahun 2014, MKBF bagi kedua-dua laluan dalam linkungan di bawah 100,000 kilometer.

Dalam satu maklumat yang dikemas kini berhubung proses pembaharuan, Encik Khaw berkata bahawa kerja-kerja bagi tiga kumpulan aset, terutamanya kayu galas landasan, rel ketiga dan sistem isyarat sudah selesai.

Ini bermakna masih ada tiga kumpulan aset - sistem kuasa, kereta api dan litar landasan.

Bagi kereta api dan litar landasan, Encik Khaw berkata bahawa perbaharuan NSEWL dalam bahagian utama akan selesai sekitar 2023.

Bagi kerja-kerja perbaharuan sistem kuasa, Encik Khaw berkata bahawa sejak kerja peningkatan bermula Oktober lalu, SMRT dan para pengendalinya sudah bekerja selama 900,000 jam merentasi 15 tapak pekerjaan yang dijalankan sekali gus. Ia sudah selesai lebih 25 peratus projek itu, di mana menteri itu berkata ia "agak baik" meskipun lebih banyak lagi yang perlu diusahakan.

Encik Khaw, yang juga adalah Menteri Penyelaras bagi Infrastruktur, mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua SMRT dan SBS Transit, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan para pekerjanya serta para pengilang peralatan kerana menyumbang sumber-sumber masing-masing untuk memastikan khidmat MRT Singapura lebih utuh.

Beliau menekankan bahawa sasaran 1 juta MKBF yang ditetapkan untuk Singapura adalah sesuatu yang mencabar, dan hanya beberapa metro di seluruh dunia yang meraihnya secara konsisten. Laluan Downtown, Laluan Timur Laut, dan NSL sudah melepasi sasaran, dan laluan rel lain di Singapura tidak jauh ketinggalan, tambah menteri itu. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita