Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keutamaan NTUC ialah selaraskan usaha latihan untuk pekerja - Ng Chee Meng

Sudah lebih 100 hari sejak Menteri di Pejabat Perdana Menteri Ng Chee Meng dilantik sebagai Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja (NTUC).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Sep 2018 09:44PM Dikemas Kini : 05 Sep 2018 09:49PM

SINGAPURA: Sudah lebih 100 hari sejak Menteri di Pejabat Perdana Menteri Ng Chee Meng dilantik sebagai Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja (NTUC).

Dalam wawancara dengan Mediacorp, Ketua Buruh itu berkata keutamaan bagi majlis latihan NTUC ialah menyelaraskan usaha latihan untuk para pekerja.

Ini menurut Encik Ng, akan dapat melengkapi program-program pembangunan semula kemahiran yang sedia ada serta meneliti keberkesanan peningkatan usia persaraan.

Tambahnya, ia sedang memadankan usaha Industri 4.0 dengan Pekerja 4.0 selaras dengan Pelan Transformasi Industri (ITM).

Untuk mencapai matlamat tersebut, ia akan menubuhkan sebuah cabang latihan NTUC yang dipimpin oleh Majlis Latihan.

Ia akan dipengerusikan oleh Encik Ng sendiri, sementara Menteri Negara Kanan Koh Poh Koon akan membantu dalam membentuk jawatankuasa yang berlainan bagi 23 ITM.

Selain itu, keutamaan lain termasuk pekerja dewasa dan dasar-dasar CPF.

Menteri Ng Chee Meng menekankan pemerintah sedang mengkaji isu-isu tersebut dengan teliti dan berharap akan dapat menbentangkan hala tuju seterusnya dalam belanjawan tahun depan.  

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan